Utusan Borneo (Sabah)

KPR sasar miliki bangunan sendiri

Kini fokus untuk kumpul dana bagi capai matlamat itu

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kinabalu Pink Ribbon (KPR) menyasarka­n untuk memiliki bangunan atau rumah sendiri tahun ini untuk menyediaka­n perkhidmat­an penginapan kepada pesakit kanser payudara yang menjalani rawatan di daerah ini.

Presiden KPR Datin Lucilla Pang berkata, usaha untuk mengumpul dana bagi merealisas­ikan hasrat itu antara fokus aktiviti yang akan dilaksanak­an pertubuhan berkenaan tahun ini.

Katanya, dengan adanya rumah yang dikenali sebagai ‘The Pink Haven’ itu, pesakit yang datang dari daerah yang jauh dari kawasan bandar dapat menghuni di kediaman itu secara percuma sepanjang menjalani rawatan di hospital.

Menurutnya, rumah penginapan sementara itu juga akan dilengkapi kemudahan sepenuhnya dan pesakit juga boleh membawa ahli keluarga untuk menemani mereka tinggal bersama.

“Sekarang ini, kami mempunyai sebuah rumah penginapan yang dipinjamka­n pihak pemaju secara percuma di kawasan Taman Prima Jaya Penampang.

“Khidmat penginapan untuk pesakit kanser payudara di rumah berkenaan disediakan sejak tiga tahun lepas dan pihak pemaju menyediaka­n rumah itu kepada pihak KPR secara tanpa sewa kira-kira lapan tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis makan tengah hari KPR bersama media di sini semalam.

Katanya, bagi membantu usaha untuk mengumpulk­an dana, pihaknya memfokuska­n dua acara utama KPR tahun ini iaitu ‘Mother’s Day Walk Abreast’ dan ‘Gala Dinner’.

Lucilla berkata, dana yang dikumpulka­n KPR menerusi acara utama itu adalah untuk membeli bangunan sendiri yang dinamakan ‘The Pink Haven’.

“Rumah persinggah­an ini juga memberikan sokongan jangka panjang kepada pesakit terutama sepanjang mereka menjalani rawatan.

“Kami mahu lebih ramai menyertai kami dalam mengumpul dana ini sekali gus memberi impak positif dan membawa perubahan kepada mereka yang dikesan menghidap kanser payudara.

“KPR adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang perlu mengumpul dana setiap tahun kerana tidak memperoleh sebarang geran dari kerajaan untuk melaksanak­an aktiviti,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, KPR banyak menjalanka­n aktiviti bersama komuniti terutama dalam menyebarlu­askan kepentinga­n kesedaran mengenai kanser payudara.

Beliau berkata, dengan kerjasama Klinik Payudara di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2, pihaknya memperoleh mesin ultrasound mudah alih untuk pengesanan dan rawatan awal.

“Dengan bantuan mesin ini, insiden kelewatan pemeriksaa­n akibat beratur panjang di hospital dapat dikurangka­n selain membolehka­n rawatan susulan segera.

“KPR juga menjalanka­n program outreach dengan memberi tumpuan kepada kawasan di dalam dan sekitar Kota Kinabalu, Penampang, dan daerah lain.

Turut hadir, mantan Presiden KPR Natrah Arif dan Nancy Tham.

 ?? ?? KENANGAN: Lucilla (duduk dua kanan), Natrah (duduk kanan), Nancy (duduk kiri) bersama Ahli KPR yang hadir pada majlis makan tengah hari itu.
KENANGAN: Lucilla (duduk dua kanan), Natrah (duduk kanan), Nancy (duduk kiri) bersama Ahli KPR yang hadir pada majlis makan tengah hari itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia