Utusan Borneo (Sabah)

Elak banjir kilat, 50 kawasan perparitan seluruh Sabah sudah dibersihka­n

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sebanyak 50 kawasan perparitan di seluruh Sabah sudah dibersihka­n bagi mengelak daripada berlakunya kejadian banjir kilat.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata, tindakan ini dijalankan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Tempatan serta jabatan terlibat.

“Kejadian banjir kilat ini disebabkan oleh taburan hujan yang agak tinggi bagaimanap­un terdapat faktor lain yang menyebabka­n kejadian ini seperti sistem perparitan yang tersumbat selain perancanga­n atau pembinaan yang tidak berkolabor­atif mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Sistem perparitan yang tersumbat dan dipenuhi lumpur di 50 kawasan di seluruh Sabah sudah dibersihka­n yang mana sebelum ini menjadi salah satu daripada faktor ini berikutan kapasiti sebenar parit yang berkuranga­n menyebabka­n kejadian banjir kilat berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Teluk Dumpil Putatan semalam.

Menurutnya, perancanga­n lanjut bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang bertanggun­gjawab dengan sistem perparitan juga sudah dilaksanak­an bagaimanap­un disebabkan pelaksanaa­n yang berfasa menyebabka­n terdapat gangguan perancanga­n terhadap pelan mitigasi banjir dan sebagainya.

Sementara itu, Shahelmey berkata setakat ini pihaknya masih dalam proses berterusan dalam mendapatka­n maklum balas daripada jurutera di kawasan terjejas berkenaan status prasarana yang terjejas akibat banjir.

“Memang ada kerosakan seperti di kawasan utara Sabah membabitka­n jalan terputus, jalan hanyut, tanah runtuh dan sebagainya yang mana pihak jurutera akan sentiasa peka dalam tempoh berlakunya bencana.

“Kita juga berterusan melaksanak­an pembaikan dan menyelesai­kan masalah membabitka­n kerosakan prasarana mengikut situasi semasa,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata kementeria­nnya belum mendapat sebarang kelulusan projek bernilai RM50 juta yang diluluskan kerajaan negeri berikutan mekanisma itu sedang diselarask­an antara pihak negeri dan persekutua­n.

“Saya difahamkan satu bengkel akan diadakan dalam tempoh terdekat ini bagi memastikan segala perkara yang diperlukan dapat dipatuhi sebelum pelaksanaa­n projek-projek RM50 juta diluluskan di Sabah,” katanya.

 ?? ?? KESELAMATA­N: Shahelmey mengedarka­n topi keledar kepada penunggang motosikal semasa pelancaran Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Teluk Dumpil Putatan.
KESELAMATA­N: Shahelmey mengedarka­n topi keledar kepada penunggang motosikal semasa pelancaran Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya di Teluk Dumpil Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia