Utusan Borneo (Sabah)

KDMRS Muslim perlu dana RM4 juta terbit al-Quran terjemahan empat bahasa

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU:

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia (KDMRS Muslim) memerlukan dana kira-kira RM4 juta bagi membiayai kos penterjema­han dan penerbitan naskhah al-Quran empat bahasa.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim Nicholas Sylvester berkata, pihaknya ketika ini sedang berusaha mencetak al-Quran dalam bahasa etnik Murut, Rungus, Sungai dan Kadazan.

“Kami mengalu-alukan sumbangan individu mahupun institusi bagi membantu membiayai kos penterjema­han yang dianggarka­n RM4 juta untuk empat bahasa tersebut.

“Untuk permulaan, kami telah mencetak sebanyak 20,000 naskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa Dusun,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, KDMRS Muslim telah memulakan inisiatif menyediaka­n naskhah al-Quran terjemahan bahasa Dusun pada Januari 2019 sehingga dapat disiapkan sepenuhnya pada 2022.

“Ia sudah diedarkan ke seluruh negara dengan tumpuan di Sabah terutama di semua surau, masjid, perpustaka­an awam, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selain itu, kami juga giat melaksanak­an pelbagai program bagi membina persefaham­an serta hubungan baik antara etnik KDMRS,” katanya.

Nicholas berkata, tahun ini KDMRS Muslim memfokuska­n sekurang kurangnya tujuh aktiviti melalui platform kebajikan dan pendidikan melibatkan masyarakat serta saudara baharu.

“Kami juga akan menerbitka­n kitab Tafsir Ibnu Kathir dengan terjemahan bahasa Dusun yang memerlukan kos lebih RM1 juta.

“Kepada individu dan institusi yang mahu menyalurka­n sumbangan kepada KDMRS Muslim boleh terus memasukan dana tersebut ke akaun Bank Islam 1005201011­70 95,” katanya.

 ?? ?? NICHOLAS
NICHOLAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia