Utusan Borneo (Sabah)

Langkah transforma­si yang memartabat­kan Undang-Undang Adat Anak Negeri, kata Hajiji

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Kerajaan negeri komited menjayakan cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sabah tahun ini.

Ketua Menteri Datuk

Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah ini juga adalah satu transforma­si yang memartabat­kan Undang-Undang Adat Anak Negeri.

Katanya, penubuhan ini sekali gus memberikan imej yang berprestij dan berkaliber kepada Ketua Adat di mahkamah.

“Kerajaan negeri amat menitikber­atkan kepentinga­n pemerkasaa­n Mahkamah Anak Negeri.

“Sebuah jawatankua­sa khas melalui Majlis Hal Ehwal Anak Negeri

Sabah (MHEANS) juga sudah ditubuhkan bagi penggubala­n, pindaan dan penyemakan enakmen serta ordinan berkaitan.

“Usaha ini adalah bagi menaik taraf sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri yang setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penangguha­n kursus Transforma­si Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang di Dewan Kebudayaan Pusat Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik di sini.

Kursus dihadiri 258

Ketua Adat daripada tiga

Ketua Daerah, 20 Ketua Anak Negeri, 40 Wakil Ketua Anak Negeri, 194 Ketua Kampung dan seorang Ketua Masyarakat Cina mewakili empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Dalit, Sulaman, Tamparuli dan Kiulu.

Hajiji berkata, Ketua Adat boleh memainkan peranan strategik dalam membimbing, menyokong dan mendorong bagi pemerkasaa­n masyarakat tempatan.

Menurutnya, peranan ini membolehka­n masyarakat secara keseluruha­nnya menyumbang kepada agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau turut mengucapka­n syabas kepada Jabatan Hal

Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) khususnya Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri Sabah (ILMAN) kerana berjaya menganjurk­an kursus ini melalui kerjasama Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tuaran.

Katanya, usaha ini adalah satu langkah penting dalam memastikan Ketua Adat dilengkapi dengan pengetahua­n dan kefahaman untuk menghadapi cabaran baharu.

“Ini turut membantu memastikan UndangUnda­ng Adat Anak Negeri sentiasa dipatuhi dan dihormati.

“Saya berharap semua Ketua Adat yang menghadiri kursus ini mempraktik­kan segala dapatan ilmu pengetahua­n sebagai landasan memantapka­n adat di tempat masing-masing.

“Peranan Ketua Adat dan Ketua Kampung kini semakin mencabar sekali gus memerlukan kebijaksan­aan memimpin bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan bersatu padu,” katanya.

Beliau juga berharap agar Mahkamah Anak Negeri Tuaran, Kiulu dan Tamparuli dijadikan sebagai penanda aras (benchmark) kepada Mahkamah Anak Negeri lain yang ada di Sabah dalam melaksanak­an amalan terbaik melalui dapatan sepanjang kursus ini.

Pantai Barat (Kota Kinabalu)

5.20 12.30 3.50 6.26 7.37

Bandar Sandakan, Bukit Garam, Semawang, Tomanggong, Bukit Garam dan Kinabatang­an (Zon I)

5.05 5.15 12.25 3.44 6.22 7.32

Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah (Zon II)

5.08 5.18 12.28 3.48 6.26 7.37

Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak (Zon III)

5.02 5.12 12.23 3.42 6.20 7.31

Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan (Zon IV)

5.05 5.15 12.26 3.45 6.24 7.35

Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi (Zon V)

5.10 5.20 12.28 3.48 6.24 7.35

Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau (Zon VIII)

5.11 5.21 12.31 3.51 6.28 7.39

Tenom, Long Pasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang (Zon IX)

5.13 5.23 12.34 3.53 6.31 7.42

 ?? ??
 ?? ?? KENANGAN: Hajiji merakamkan gambar kenangan bersama peserta yang hadir dalam kursus ini.
KENANGAN: Hajiji merakamkan gambar kenangan bersama peserta yang hadir dalam kursus ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia