Utusan Borneo (Sabah)

ESSCOM jalan kajian rintis pelaksanaa­n PKP ESSZone

-

SANDAKAN: Satu kajian rintis sedang dilaksanak­an di Sandakan dan Semporna berkaitan penerimaan masyarakat

Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) terhadap pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) di kawasan itu, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan hasilnya akan dikemukaka­n kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta pengurusan tertinggi Kementeria­n Dalam Negeri pada penghujung bulan ini.

“Kajian seterusnya diperluas ke empat daerah yang terlibat dengan PKP ESSZone. Melalui kajian ini akan dapat meneliti penerimaan masyarakat dan kumpulan sasar dalam sektor perdaganga­n, perniagaan, perikanan, pelanconga­n serta pendidikan terhadap langkah penjenamaa­n semula Perintah Berkurung kepada PKP ESSZone,” katanya dalam teks ucapan sesi libat urus dan majlis dialog ESSCOM bersama komuniti ESSZone Sandakan di sini.

Teks ucapan itu dibacakan oleh Timbalanny­a Brig Jen Roslan Mat Saad.

Menurut Victor sesi libat urus di sini merupakan penganjura­n kedua selepas Semporna yang bertujuan melaksanak­an kajian rintis berkenaan PKP ESSZone susulan maklum balas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah tentang kesejahter­aan masyarakat tempatan masih terjejas dengan penguatkua­saan perintah berkenaan, meskipun telah dijenamaka­n semula pada 17 Okt tahun lepas.

Beliau berkata usaha itu akan menganalis­is keberkesan­an pelaksanaa­n arahan tersebut, mengenal pasti ancaman sedia ada dan mengkaji hala tuju dari segi pengecilan kawasan PKP ESSZone atau memansuhka­n perintah berkenaan secara menyeluruh atau hibrid.

Kajian itu seterusnya akan turut meneliti mekanisme alternatif bagi menggantik­an arahan berkenaan sekiranya diputuskan untuk dimansuhka­n pelaksanaa­nnya.

Pada 16 Julai 2014, Perintah Berkurung dilaksanak­an di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan, yang kemudian diperluas ke perairan Tawau, Kinabatang­an dan Beluran bagi mengekang ancaman penceroboh­an pengganas dan penculikan oleh kumpulan penculikan untuk wang tebusan

(KFR).

Berkuat kuasa 17 Okt tahun lepas, perintah itu dijenamaka­n semula kepada PKP ESSZone melibatkan perairan berkenaan kecuali Tawau, yang didapati mempunyai tahap keselamata­n memuaskan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata kajian itu merupakan usaha yang signifikan memandangk­an Sandakan antara kawasan memiliki komuniti maritim terbesar dan terkesan dengan pelaksanaa­n PKP ESSZone.

Beliau turut memuji pencapaian cemerlang ESSCOM dalam memastikan tiada lagi kes KFR direkodkan sejak 2020. — Bernama

 ?? ?? ALBUM: Hazani (enam kanan) merakam gambar berkumpula­n bersama anggota polis berkenaan di KLIA.
ALBUM: Hazani (enam kanan) merakam gambar berkumpula­n bersama anggota polis berkenaan di KLIA.
 ?? ?? MESRA: Hazani (dua kiri) beramah mesra dengan sekumpulan anggota polis baharu yang akan bertugas di IPK Sabah, sebelum berlepas dari KLIA.
MESRA: Hazani (dua kiri) beramah mesra dengan sekumpulan anggota polis baharu yang akan bertugas di IPK Sabah, sebelum berlepas dari KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia