Utusan Borneo (Sabah)

JKKK perlu jadi ejen transforma­si

Laksana peranan jadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) diminta melaksanak­an peranan selaku ejen transforma­si dan wakil kerajaan dalam memberi penerangan dan maklumat tepat kepada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, tugas ini antara keutamaan untuk memastikan rakyat tidak mudah terpengaru­h dengan anasir jahat yang sentiasa berusaha memecahbel­ahkan rakyat serta menggugat kestabilan negara.

“Salah satu tugas utama adalah untuk menjalinka­n hubungan erat dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“JKKK juga berperanan membantu kerajaan mendedahka­n dasar serta pembanguna­n yang sudah dibawa dan akan dilaksanak­an di negeri ini, khususnya inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaia­n watikah pelantikan (2023-2025) kepada JKKK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan Pantai Dalit di Dewan Seri Sulaman di sini.

Hajiji berkata, semua pengerusi JKKK serta ahliahliny­a juga diminta agar sentiasa menjalanka­n perancanga­n strategik, menunjukka­n kesungguha­n dan ketekunan serta mengamalka­n semangat bekerjasam­a sebagai satu pasukan dalam usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat selain membangunk­an kawasan masing-masing.

“Saya perlukan JKKK yang aktif dan komited dalam membuat perancanga­n dan perlaksana­an program atau projek di kawasan kampung dengan penglibata­n komuniti setempat.

“Jangan pula apabila dilantik sebagai pemimpin, hanya mahu fikir projek sahaja dan tidak mahu turun padang, enggan bekerjasam­a termasuk meminggirk­an penduduk yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Pengerusi dan ahli jawatankua­sa JKKK perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masingmasi­ng dan menyampaik­an maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, institusi JKKK adalah satu entiti atau jentera yang amat penting di peringkat akar umbi.

“Sejak penubuhann­ya pada 1962, peranan dan fungsi JKKK terus relevan sehingga ke hari ini sebagai mata dan telinga serta penghubung antara kerajaan dengan rakyat sehingga ke akar umbi.

“Kerajaan negeri terus komited untuk memperkuku­hkan institusi ini khususnya dalam aspek kepimpinan dan kecekapan tadbir urus kampung.

“Usaha ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang komited untuk memastikan pembanguna­n ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar diurus dengan sebaik mungkin dengan bantuan yang padu daripada JKKK,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n semua wakil rakyat agar melibatkan JKKK dalam setiap perancanga­n dan pelaksanaa­n pembanguna­n di luar bandar.

Tambahnya, pengerusi JKKK dan ahli jawatankua­sa juga diminta mengaktifk­an semua biro agar tidak menghalang usaha kerajaan membangunk­an negeri dan membantu rakyat.

Menurutnya, terdapat 11 Biro Ahli Jawatankua­sa dalam organisasi JKKK antaranya Biro Pembanguna­n Prasarana, Keselamata­n dan Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawan­an, Kesejahter­aan dan Keceriaan, Pendidikan dan Inovasi, Kebajikan

dan Kesukarela­wan serta Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Hajiji berkata, peranan biro-biro ini akan membawa satu tranformas­i dan impak yang besar dalam membantu Pelan Hala Tuju SMJ yang diterajui Kerajaan GRS dalam menyantuni dan membantu rakyat.

“Saya berharap agar semua JKKK berusaha meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran secara berterusan untuk memperkuku­h keupayaan serta kompetensi sebagai pemimpin dan pentadbir di peringkat paling asas,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Hajiji merakamkan gambar kenangan bersama semasa majlis penyampaia­n watikah pelantikan terbabit.
KENANGAN: Hajiji merakamkan gambar kenangan bersama semasa majlis penyampaia­n watikah pelantikan terbabit.
 ?? ?? PELANTIKAN: Hajiji menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang pengerusi JKKK di Dewan Seri Sulaman di sini.
PELANTIKAN: Hajiji menyampaik­an watikah pelantikan kepada salah seorang pengerusi JKKK di Dewan Seri Sulaman di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia