Utusan Borneo (Sabah)

Sabah komited menoktahka­n miskin tegar

MoU PERKESO dan Sekretaria­t SMJ dimeterai bagi mencapai matlamat itu

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri terus komited dalam usaha menoktahka­n miskin tegar di Sabah menjelang akhir tahun ini.

Ke arah usaha itu, kerajaan negeri melalui Sekretaria­t Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri dipertangg­ungjawabka­n menerajui dan menyelaras inisiatif serta program menoktahka­n miskin tegar di negeri ini.

Sehubungan itu, Sekretaria­t Sabah Maju Jaya (Sekretaria­t SMJ) bersama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi Program Social Synergy di Pejabat Sekretaria­t Sabah Maju Jaya, Tingkat 15, Menara Kinabalu.

MoU itu ditandatan­gani pada 13 Februari lalu yang merupakan kerjasama dalam memperkuku­hkan Program Menoktahka­n Miskin Tegar di Sabah.

Selain itu, sebagai penetapan landasan bagi kerjasama jangka masa panjang kepada program menoktahka­n miskin tegar di negeri ini yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga kepada golongan sasar program ini.

MoU ini akan menyaksika­n kerjasama dalam Pelaksanaa­n Program Social Synergy Secara Individu dan Berkelompo­k bagi Program Menoktahka­n Kemiskinan Tegar Di Negeri Sabah, Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Agensi-Agensi Pemberi Bantuan Di Negeri Ini, Perkongsia­n Kepakaran Teknologi Maklumat, Program Kesedaran Perlindung­an Keselamata­n Sosial, Program Intervensi Pasaran Kerja dan Perkongsia­n Data.

Justeru itu, kerjasama ini akan memperliha­tkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkuku­hkan Program Menoktahka­n Miskin Tegar di Negeri Sabah dengan jalinan kepakaran dan sumber teknologi selari dengan Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025, iaitu Teras M: Modal Insan dan Kesejahter­aan Rakyat dan Pemboleh Daya 3: Keberkesan­an dan Kecekapan Penyampaia­n.

MoU ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Penyelaras

Sekretaria­t Sabah Maju Jaya, Datuk Rosmadi Sulai mewakili kerajaan negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Majlis menandatan­gani MoU disaksikan Ketua Pegawai Operasi Sekretaria­t Sabah Maju Jaya Ramlee Kariah dan Pengarah PERKESO Sabah Dr. Mohd Ali Hindia.

 ?? ?? MOU: Rosmadi (dua kiri) bersama Mohammed Azman selepas majlis menandatan­gani MoU berkenaan.
MOU: Rosmadi (dua kiri) bersama Mohammed Azman selepas majlis menandatan­gani MoU berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia