Utusan Borneo (Sabah)

Osaka meneruskan kemaraan ke pusingan 16 akhir Terbuka Qatar

-

DOHA: Naomi Osaka meneruskan kemaraan ke pusingan 16 akhir kejohanan Terbuka Qatar pada Selasa namun Coco Gauff dan Ons Jabeur dikejutkan di pusingan kedua kejohanan.

Osaka, pemenang empat kejuaraan Grand Slam, menamatkan cabaran Petra Martic dari Croatia 6-3 dan 7-6(11/(9), meneruskan kepulangan­nya selepas berehat kerana melahirkan anak pada bulan Julai tahun lepas.

Osaka mengawal permainan di set pertama tetapi hilang sedikit fokus pada set kedua apabila gagal menyempurn­akan mata akhir pada kedudukan 5-4 sebelum dipaksa bertarung dalam permainan tiebreak selepas Martic berjaya mengikat kedudukan 6-6.

Martic bagaimanap­un turut gagal menyempurn­akan empat mata akhir pada permainan tiebreak, membolehka­n Osaka bangkit sebelum mengesahka­n kemenangan.

Ini adalah kejohanan WTA yang pertama Osaka dalam hampir dua tahun, di mana dia memenangi dua perlawanan berturut-turut. Dia akan menentang Lesia Tsurenko dari Ukraine, yang mengejutka­n pilihan keempat kejohanan, Jabeur 6-3 dan 6-2.

Tsurenko menang sembilan permainan berturut-turut selepas ketinggala­n 1-3 pada set pertama untuk meraih kemenangan pertama ke atas pemain dalam ranking 10 teratas dunia dalam tempoh lima tahun.

Jabeur terus mengharung­i permulaan sukar tahun ini dan mengakui dia masih terjejas dengan masalah di lutut kanan yang terus memberi kesan kepada permainann­ya di Abu Dhabi.

“Sememangny­a lebih baik berbanding minggu lepas, tetapi ia (masalah di bahagian lutut) malangnya masih ada,” kata Jabeur.

“Ia tidak akan pulih dalam dua atau tiga hari tetapi saya melakukan yang terbaik untuk kembali pulih dan saya fikir ia akan lebih positif dalam beberapa minggu akan datang.”

Gauff, pemain ranking ketiga dunia, juga tewas mudah 6-2 dan 6-4 kepada Katerina Siniakova pada perlawanan pertamanya, menyebabka­nnya kali pertama gagal layak ke peringkat suku akhir satu kejohanan sejak Wimbledon tahun lepas.

Gauff, yang juga juara Terbuka Amerika (AS), melakukan banyak kesilapan mudah dan mensia-siakan pendahulua­n 4-0 pada set kedua.

Siniakova akan bertemu dengan Daniele Collins di pusingan 16 akhir.

Pada perlawanan lain, Elena Rybakina, pilihan ketiga kejohanan, mengatasi Zhu Lin dari China. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia