Utusan Borneo (Sabah)

SESB rugi RM200 juta setahun akibat `curi karan’, kata Madius

Jumlah ini merupakan 25 peratus daripada kerugian keseluruha­n

-

KOTA KINABALU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dianggarka­n mengalami kerugian kira-kira RM200 juta setahun akibat perbuatan mencuri bekalan elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘curi karan’ di negeri ini.

Pengerusin­ya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata SESB berdepan kehilangan elektrik sebanyak 17 peratus dalam grid bekalan elektrikny­a, dan daripada jumlah itu 10 peratus merupakan kehilangan secara teknikal manakala tujuh peratus kehilangan bukan teknikal atau akibat kecurian.

Beliau berkata daripada anggaran sudut kewangan, satu peratus kehilangan elektrik itu menyebabka­n SESB kerugian RM30 juta setahun, justeru kehilangan bukan teknikal atau kecurian itu menyebabka­n kerugian

RM210 juta setahun kepada SESB.

“Jumlah ini (RM210 juta setahun) merupakan 25 peratus daripada kerugian keseluruha­n dihadapi SESB. Jumlah itu juga cukup untuk membantu mengurangk­an kebergantu­ngan SESB kepada subsidi kerajaan yang ketika ini sekitar RM850 juta setahun.

“Ini juga bererti bahawa jika sekiranya kita dapat membantera­s kecurian ini, kelestaria­n kewangan SESB akan jauh lebih baik. SESB adalah mangsa penjenayah curi karan, oleh sebab itulah tu SESB sangat mengambil serius untuk membantera­s kegiatan mencuri ini,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan kepada Bernama di sini, sempena kunjungan hormat beliau terhadap Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini semalam.

Mengulas mengenai kunjungan itu, Madius berkata dalam pertemuan itu pihak SESB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertukar pandangan dan bersetuju untuk menjalin kerjasama lebih kukuh bagi membantera­s jenayah kecurian elektrik di negeri ini.

“Saya yakin dan percaya melalui pertemuan ini, ia akan meningkatk­an lagi kerjasama yang sedia terjalin antara SESB dan PDRM pada masa akan datang. Samasama kita perangi jenayah dan kegiatan mencuri elektrik ini,” katanya.

Beliau berkata kerjasama itu penting kerana SESB hanya merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tidak mempunyai kuasa berdasarka­n undangunda­ng untuk menahan mereka yang terlibat dalam kes kecurian elektrik ini.

“SESB sebenarnya mangsa kepada jenayah curi dan di peringkat kita, tindakan yang diambil adalah melaporkan kepada pihak berkuasa. Justeru kita mahu kerjasama erat dengan PDRM untuk menangani isu kecurian elektrik ini,” katanya. — Bernama

 ?? ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia