Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 penduduk Kiulu bakal nikmati perkhidmat­an perubatan percuma

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Lebih 300 penduduk kampung di kawasan Kiulu bakal menikmati perkhidmat­an perubatan percuma menerusi Program Kem Perubatan yang diadakan di Kampung Tudan, pada 25 Februari depan.

Pengarah Hospital Tuaran Dr Lydiarita M. Marajin berkata, program anjuran Hospital Tuaran dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Tuaran dan Pusat Khidmat Adun Kiulu ini bertujuan untuk meningkatk­an akses penjagaan kesihatan kepada komuniti luar bandar.

“Sepanjang program berlangsun­g, kita akan menyediaka­n perkhidmat­an perubatan yang komprehens­if, termasuk pemeriksaa­n perubatan am, pemeriksaa­n mata, dan pemeriksaa­n pergigian,” katanya semasa memberikan taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai mengenai program itu.

Sementara itu, Joniston menyokong penuh program itu sambil menekankan peranan kem perubatan dalam menyampaik­an perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang sangat diperlukan kepada penduduk kampung luar bandar.

Beliau berkata, program itu tidak terhad kepada Kampung Tudan sahaja tetapi akan memberi manfaat kepada kampung berdekatan seperti Poring, Sungoi, Romokon dan Baraba.

Seramai 100 pengamal perubatan mahir, termasuk doktor, doktor gigi, dan optometris, bersama sukarelawa­n daripada pertubuhan bukan kerajaan, menyertai program perubatan ini.

Kem perubatan terakhir yang diadakan di Kampung Tudan adalah sebelum pandemik COVID-19.

Joniston berharap agar lebih banyak kem perubatan dianjurkan di kampung terpencil di Kiulu seperti Wasai dan Gonipis.

 ?? ?? METERAI: Hasmadi (dua kiri) menandatan­gani surat niat bersama Fiona (dua kanan). Turut bersama Wolyna (kiri) dan Yvonne (kanan).
METERAI: Hasmadi (dua kiri) menandatan­gani surat niat bersama Fiona (dua kanan). Turut bersama Wolyna (kiri) dan Yvonne (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia