Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas gembira dapat PPRT

- Oleh Kenneddy Corlleus

LUMADAN: Tiada kata-kata yang dapat menggambar­kan betapa gembiranya seorang warga emas dari Kampung Karangan, dekat sini, apabila hasrat memiliki kediaman lebih selesa tercapai menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mini Dais, 71, menzahirka­n rasa syukur kerana rumah PPRT miliknya siap sepenuhnya tahun ini yang diserahkan secara simbolik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

Ibu kepada 11 orang anak itu akhirnya boleh menarik nafas lega apabila memiliki kediaman sendiri yang lebih baik berbanding rumah lama yang dibina lebih 40 tahun yang semakin usang dan tidak selamat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada wakil rakyat (Ruslan) kerana memberi saya sebuah rumah yang selesa untuk menjalani kehidupan. Untuk membina sebuah rumah baharu tentu sekali tidak mampu kerana anak-anaknya pun sekadar bekerja ‘makan gaji’ dengan pendapatan kecil.

“Ini adalah rahmat Allah SWT dan selepas ini sambutan bulan Ramadan khususnya Aidilfitri lebih bermakna kerana semua anak dan cucu dapat bersama saya di rumah baharu ini, “katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT di Kampung Karangan.

Mini merupakan seorang daripada lapan penerima rumah PPRT kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan yang disampaika­n ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, sebanyak 11 rumah PPRT dan 29 projek baik pulih rumah dilaksanak­an di kawasan ini pada tahun 2022.

Katanya, manakala bagi tahun 2023, sebanyak lima buah PPRT dengan kos RM79,000 setiap unit dibina dan 47 rumah telah dibaik pulih dengan kos RM17,000 setiap satu.

Selain itu katanya, sebanyak RM1.6 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri bagi pembinaan 20 buah rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) di kawasan DUN Lumadan tahun lalu yang dilaksanak­an secara berfasa.

“Bukan itu saja, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) juga tidak ketinggala­n dalam usaha kerajaan negeri ini dengan memperuntu­kkan bantuan pembinaan rumah sebanyak 10 unit untuk golongan miskin di kawasan ini.

“Ini menjadikan hampir 50 rumah dapat kita bina secara berfasa melibatkan tiga entiti ini iaitu PPRT, SMJ dan SLDB untuk membantu lebih ramai golongan miskin di setiap DUN di Sabah.

“Inisiatif ini jelas menunjukka­n kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat,” katanya.

 ?? ?? SIMBOLIK: Ruslan menyampaik­an replika kunci kepada Mini sempena majlis itu.
SIMBOLIK: Ruslan menyampaik­an replika kunci kepada Mini sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia