Utusan Borneo (Sabah)

PMMS sasar 200 Kit Ibadah diagih kepada ahli

-

KOTA KINABALU: Persatuan Mualaf Muslimah Sabah (PMMS) menyasarka­n 200 Kit Ibadah untuk diagihkan kepada ahli-ahlinya pada tahun ini.

Pengerusi PMMS, Alisha Zulaikha Azzahra Asok Abdullah berkata program agihan kit ibadah itu merupakan program yang dilaksana dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah sejak dua tahun lalu.

“Meskipun persatuan ini berpusat di Tawau, namun aktiviti yang dijalankan merangkumi hampir seluruh Sabah.

“Antara yang terdekat adalah sumbangan Kit Ibadah kepada Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) di Tamparuli.

“Setakat ini, kita telah mengagihka­n hampir 300 kit dalam program dua tahun berturut-turut.

“Program lain yang telah PMMS jalankan meliputi aspek kekeluarga­an, keagamaan dan ekonomi semenjak tahun 2015 dengan kerjasama Hidayah Centre, selain JAKIM bagi membimbing ahli-ahli persatuan,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Alisha, pihaknya merancang untuk berkolabor­atif dengan Yayasan Nur Jauhar untuk mengagihka­n Kit Mualaf Muslimah kepada ahli-ahlinya.

“Pada tahun ini, kita memohon kepada Yayasan Nur Jauhar untuk menyumbang dan mengagihka­n kit mualaf muslimah menggantik­an kit ibadah,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu kelmarin.

Tambah beliau, sempena bulan Ramadan ini, beliau memaklumka­n, pihaknya juga merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa, di samping meneruskan program agihan juadah berbuka puasa.

Dengan slogan ‘Memperkasa Mualaf Muslimah Berjaya Dunia Akhirat’, persatuan yang kini dianggotai 300 ahli iaitu saudara baharu pada dan selepas tahun 2000. — Penerangan

 ?? ?? ALISHA
ALISHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia