Utusan Borneo (Sabah)

Pulau Manukan pusat peranginan lima bintang

Antara cadangan pembanguna­n ialah termasuk pembinaan 40 chalet individu: Christina

- Oleh Yap Siong Han

PENAMPANG: Pulau Manukan akan dinaik taraf sebagai pusat peranginan bertaraf lima bintang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kemudahan penginapan di pulau berkenaan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, berkata cadangan bagi pembanguna­n pulau itu adalah melibatkan pembinaan 40 chalet individu yang ditempatka­n di pelbagai lokasi strategik.

“Apabila siap, pusat peranginan itu akan membantu meningkatk­an pelanconga­n mewah di pulau itu.

“Ini membolehka­n pusat peranginan itu bersaing untuk mendapatka­n tempat dalam Destinasi Pasaran Perkahwina­n untuk bersaing dengan lokasi popular di Asia. Projek itu dijangka dimulakan pada pertengaha­n tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pasar Malam Tahun Baharu Cina Lido anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dataran Lido, di sini.

Hadir sama Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Presiden FCAS Tan Sri T.C. Goh dan Naib Presiden FCAS Kapitan Fung Chun Fatt dan Ng Young Wah.

Dalam pada itu, mengenai penaiktara­fan kemudahan pelanconga­n di Layang Layang di Gunung Kinabalu (2,744 meter dari paras laut), Christina berkata, projek asrama itu dijadualka­n siap menjelang Mei tahun ini.

Terdahulu, Goh dalam ucapannya berkata Dataran Lido menyerupai ‘Chinatown’ di mata masyarakat Cina tempatan dan penduduk asli.

“Majoriti pelanggan Lido Square adalah orang Cina, yang memilih tempat untuk kerja pemasaran mereka, dan 80 peratus daripada pekedai juga adalah orang Cina.

“Dan buat pertama kalinya, Karnival Tahun Baharu

Cina (anjuran bersama FCAS dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dipindahka­n ke Dataran Lido, seterusnya memartabat­kan Lido sebagai tempat berkumpul masyarakat Cina,” katanya.

Goh berkata, Lido Square adalah pasar basah Cina terakhir yang masih ada di Kota Kinabalu, memandangk­an saiz pasar ini lebih besar berbanding di Taman Foh Sang, Luyang.

“Lebih-lebih lagi, pasar basah sedia ada di Pasar Besar Kota Kinabalu di pusat bandar tidak menjadi pilihan pertama bagi kaum Cina tempatan selama bertahunta­hun,” katanya.

 ?? ?? ALBUM: Christina (dua kanan), Goh (tiga kanan), Tan (kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Christina (dua kanan), Goh (tiga kanan), Tan (kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia