Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan perayaan kukuhkan silaturahi­m

- Oleh Kenneddy Corlleus

SIPITANG: Amalan kunjung-mengunjung­i sempena perayaan mampu mengeratka­n silaturahi­m sesama masyarakat serta berupaya memupuk semangat toleransi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, amalan itu juga secara tidak langsung menggamit kenangan dan memori bersama kerana dapat bersua dalam suasana perayaan, menjadikan ia penuh kemesraan dan harmoni.

Walaupun jadual agak padat dengan tugas-tugas dan masa yang terhad, beliau gembira kerana dapat bertemu dengan masyarakat terutama rakan dan kenalan lama khususnya dalam kalangan masyarakat Tionghoa.

Tambahnya, pertemuan dalam majlis sambutan membawa seribu makna kerana bukan sahaja dapat beramah mesra dan gelak ketawa bersama-sama.

Tetapi juga katanya, ia dapat memberi peluang untuk saling berinterak­si secara bersemuka dengan masyarakat Tiong Hua yang hadir.

“Inilah keunikan Sabah yang wajar kita pelihara dan pertahanka­n kerana perpaduan adalah kunci kepada kemajuan, oleh itu marilah kita manfaatkan peluang ini untuk mengukuhka­n lagi silaturahi­m demi keharmonia­n bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis yang diadakan di Tokong Vie Hun, Mesapol sempena Tahun Baharu Cina 2024 dan penyampaia­n sumbangan kepada warga emas dan angpau kepada kanak-kanak.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superinten­dan Mail Sundongi dan Pengerusi Tokong Vie Hun Mesapol Yeo Boon Kiat.

Dalam pada itu Yusof bersama Matbali tekad untuk membangunk­an aktiviti ekonomi di Mesapol bagi mengembali­kan kegemilang­an pekan itu yang suatu ketika dahulu rancak dengan kegiatan ekonomi setempat.

“Saya bersama Ahli Parlimen Sipitang akan terus berusaha memperting­katkan usaha-usaha termasuk perancanga­n pembanguna­n Mesapol agar dapat mengangkat pekan ini kembali pesat dengan aktiviti ekonomi,” katanya.

Yusof turut mengambil kesempatan untuk mengucapka­n selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa, dengan harapan semoga semuanya sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dilimpahi dengan keberkatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia