Utusan Borneo (Sabah)

PEMBINAAN KLINIK TERBANTUT

Berikutan Kementeria­n Kesihatan Malaysia belum memohon tapak tanah di Kampung Tangkaraso­n Beluran: James

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pembinaan semula Klinik Kesihatan Kampung Tangkaraso­n di Beluran terbantut berikutan tapak tanah belum dipohon Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk James Ratib berkata, KKM perlu membuat permohonan tapak tanah berkenaan melalui Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n (PTP).

Katanya, Klinik Kesihatan Kampung Tangkaraso­n dan kuarters kakitangan musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi barubaru ini.

Berikutan itu, James melakukan lawatan ke lokasi kejadian sekali gus akan mengambil langkah membina sebuah klinik baharu konkrit untuk menggantik­an klinik kayu yang terbakar di tapak yang sama.

“Namun demikian apa yang menjadi penghalang kepada kita, tanah itu belum dipohon oleh KKM iaitu belum lagi dimohon oleh PTP mengikut rekod daripada Jabatan Tanah.

“Ini satu perkara yang amat menyedihka­n, bayangkan klinik berusia 30 tahun lebih dibina tetapi status tanahnya belum pun dipohon oleh KKM melalui PTP di Sabah.

“Apa peranan Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n di Sabah? Apakah mereka ini makan gaji buta? Apakah mereka ini hanya mengambil gaji atau tidak mahu bekerja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, masalah sama juga pernah berlaku apabila Klinik Kesihatan Mansiat di Sook musnah terbakar pada Jun 2022, pembinaan semula klinik itu juga terhalang disebabkan status tanah belum diwartakan walaupun permohonan telah dibuat sejak 1979.

“Tetapi apabila kita bawa mesyuarat baru-baru ini bersama dengan Jabatan Tanah, barulah tanah itu dikeluarka­n tawaran untuk membina Klinik Kesihatan Mansiat yang baharu di Sook,” katanya.

James turut mendedahka­n sebanyak 23 projek

Klinik Kesihatan di Sabah mengalami masalah status tanah sejak bertahun lama.

“Dua minggu lalu, saya mengadakan perbincang­an dengan PTP dan Jabatan Tanah yang mana masalah status tanah 23 projek

Klinik Kesihatan itu selesai dalam masa satu hari,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, selain masalah tanah, terdapat juga masalahmas­alah seperti bekalan air, elektrik, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga masalah teknikal seperti dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam melaksanak­an projek Klinik Kesihatan itu.

Beliau turut memberi amaran kepada pengarahpe­ngarah dan ketuaketua jabatan berkaitan memastikan mereka menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan baik.

“Saya minta kepada semua pengarah, arahkan pegawai-pegawai mereka supaya selesaikan masalah tanah di negeri ini.

“Saya minta kepada Ketua Menteri supaya mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pengarah dan pegawai yang tidak menjalanka­n tugas dan tanggungja­wabnya dalam jabatan-jabatan mereka,” katanya.

 ?? ?? JAMES
JAMES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia