Utusan Borneo (Sabah)

Pengawal kelab malam cuba lerai pergaduhan, cedera ditetak

- Oleh Hamzah Sanudin

Pantai Barat (Kota Kinabalu)

5.20 12.30 3.50 6.26 7.37

Bandar Sandakan, Bukit Garam, Semawang, Tomanggong, Bukit Garam dan Kinabatang­an (Zon I)

5.05 5.15 12.25 3.44 6.22 7.32

Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah (Zon II)

5.08 5.18 12.28 3.48 6.26 7.37

Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak (Zon III)

5.02 5.12 12.23 3.42 6.20 7.31

Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan (Zon IV)

5.05 5.15 12.26 3.45 6.24 7.35

Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi (Zon V)

5.10 5.20 12.28 3.48 6.24 7.35

Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau (Zon VIII)

5.11 5.21 12.31 3.51 6.28 7.39

Tenom, Long Pasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang (Zon IX)

5.13 5.23 12.34 3.53 6.31 7.42

TAWAU: Seorang pengawal kelab malam cedera akibat ditetak ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan dalam kejadian di kawasan lorong, Bangunan Fajar, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun dilaporkan mengalami kecederaan bahagian belakang kepala dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak saudara mangsa yang berusia 32 tahun.

Katanya, pengadu ketika membuat laporan polis mendakwa, bapa saudaranya yang bekerja sebagai penjaga kelab malam terpaksa dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tawau akibat ditetak.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkar­an mulut antara dua kumpulan di kawasan lorong Bangunan Fajar.

“Mangsa cuba meleraikan perselisih­an faham berkenaan namun seorang suspek lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba bertindak menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jasmin berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala dan tangan sebelah kiri.

“Usaha mengesan suspek terlibat dalam kejadian itu sedang giat dilaksanak­an dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen

324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an cedera menggunaka­n senjata,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? HARI PERS: Rombongan media Malaysia bergambar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa SoekarnoHa­tta, Jakarta semalam.
HARI PERS: Rombongan media Malaysia bergambar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa SoekarnoHa­tta, Jakarta semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia