Utusan Borneo (Sabah)

ISWAMI perkukuh hubungan media, wartawan Indonesia dan Malaysia

-

JAKARTA: Hubungan antara media dan sesama wartawan di Indonesia dan Malaysia kini bertambah kukuh menerusi jalinan kerjasama erat Ikatan Setiakawan Wartawan Indonesia-Malaysia (ISWAMI).

Ketua Pengarang

Utusan Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui berkata, hal ini menjadi nyata lantaran wujudnya hubungan akrab antara ISWAMI Indonesia dan Malaysia yang kini disuburkan lagi pada era digitalisa­si.

“Menerusi ISWAMI, hubungan antara organisasi media di Indonesia dan Malaysia semakin dekat, apatah lagi kedua-dua negara serumpun ini mempunyai banyak persamaan.

“Bermula dengan hubungan antara ketua pengarang (pamred), kini jalinan itu diperluask­an ke peringkat wartawan keduadua negara pula,” katanya setiba di sini semalam bagi menghadiri program Jejak Serumpun ISWAMI sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 dan Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia, selama tiga hari sehingga Rabu.

Delegasi media Malaysia diketuai oleh Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail.

Isnin lepas, ISWAMI Malaysia menggerakk­an sekumpulan 15 wartawan Malaysia bagi menyertai program sama, termasuk menghadiri pelbagai dialog berkaitan pembanguna­n serta kemajuan Indonesia.

Dialog dan pertemuan itu bertujuan membina keakraban dalam kalangan wartawan kedua-dua negara.

Lichong yang juga Ahli Majlis Pentadbir ISWAMI Malaysia mengakui ISWAMI antara platform yang banyak memainkan peranan penting kedua-dua negara.

“Ini adalah wadah interaksi dan komunikasi berkesan dalam meleraikan banyak hal yang melibatkan kepentinga­n dua hala Indonesia-Malaysia.

“Daripada isu-isu sosial, migran dan hak asasi sehingga pada soal ekonomi dan geopolitik dapat dijernihka­n menerusi ISWAMI sebelum keadannya menjadi keruh,” katanya.

Beliau menghargai dukungan pemerintah kedua-dua negara kepada usaha ISWAMI seperti diterjemah­kan menerusi sokongan kepada penganjura­n

HPN Indonesia dan

Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Malaysia.

ISWAMI ditubuhkan pada 2005 untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara, selepas kemunculan pelbagai isu termasuk tuntutan pemilikan bertindih Ambalat, sempadan dan buruh.

Antara pengasas dan penerajuny­a di Malaysia terdiri daripada Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Zakaria Abdul Wahab, Datuk Zulkefli Salleh, Datuk Zulkifli Hamzah dan Datuk Mokhtar Hussain.

Manakala dari Indonesia, pendirinya termasuk Tarman Azzam, Syaiful Hadi, Syamsuddin Ch. Haesy, Ilham Bintang dan Asro.

 ?? ?? TANGKAP: Suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.
TANGKAP: Suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia