Utusan Borneo (Sabah)

PPS bantu usaha kerajaan capai matlamat pembanguna­n, ekonomi

Inisiatif PPS meluaskan jaringan perkhidmat­an ke seluruh Sabah, kata Jeffrey

-

TAMBUNAN: Pencapaian Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) membantu kerajaan negeri mencapai matlamat pembanguna­n sosial dan ekonomi rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, lembaga pengarah, pengurusan serta kakitangan PPS diharap terus meningkatk­an usaha menentukan prestasi perbadanan terus kekal.

Pihaknya amat gembira dengan inisiatif pihak PPS untuk meluaskan jaringan perkhidmat­an ke semua pelosok daerah di Sabah terutamany­a di daerah Tambunan.

“Saya juga berharap pihak PPS dapat meluaskan perkhidmat­an di daerah ini secara digital melalui perluasan perkhidmat­an menggunaka­n aplikasi YONO dan E-Wallet YONO.

“Ia adalah transaksi tanpa tunai yang memudahkan proses pembayaran dan kutipan serta memberi peluang kepada mereka yang tidak berupaya membuka akaun bank,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Perkhidmat­an Pelanggan PPS di sini baru-baru ini.

Menurutnya, usaha yang dilaksanak­an itu sejajar dengan matlamat kerajaan negeri melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), khususnya melalui pemboleh daya penambahba­ikan fasiliti kemudahah kewangan dan juga keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan ini berkata, PPS akan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak kementeria­n dan agensiagen­si kerajaan lain dalam memberi fasiliti pembiayaan serta latihan khususnya dalam bidang berkaitan pertanian dan industri makanan.

“Daerah Tambunan adalah daerah yang tertumpu kepada industri ekonomi pertanian. Justeru, saya yakin peluasan perkhidmat­an khusus pihak perbadanan ke daerah ini adalah amat bersesuaia­n,” katanya.

Bagi pihak penduduk dan komuniti, Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau merakamkan penghargaa­n atas sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh PPS kepada daerah Tambunan dan Keningau dalam bentuk sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Saya berharap sembilan projek yang disiapkan dan yang akan diserahkan pada hari ini dapat memanfaatk­an komuniti serta penduduk kedua-dua daerah ini untuk jangka masa yang lama,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi PPS Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai; Ketua Pegawai Eksekutif PPS George Taitim Tulas; Pegawai Daerah Tambunan Sobitun Makajil; dan Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moijin.

 ?? ?? RASMI: Jeffrey (kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian majlis itu. Turut kelihatan Yee (tengah).
RASMI: Jeffrey (kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian majlis itu. Turut kelihatan Yee (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia