Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat tahap keselamata­n kawasan bandar raya

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Tahap keselamata­n di kawasan bandar raya ini perlu dipertingk­atkan agar pelancong tidak bimbang untuk datang ke sini.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui kesal dengan kejadian samun di sini baru-baru ini hingga menyebabka­n seorang wanita cedera parah.

Katanya, Bandaraya Kota Kinabalu adalah destinasi yang wajib dilawati semua pelancong dalam dan luar negara dan lokasi ini sepatutnya selamat untuk dilawati.

“Agak mengecewak­an kejadian samun berlaku dalam bandar raya ini pada siang hari sehingga menyebabka­n kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, bulan lalu seorang pelancong China turut disamun oleh penjenayah ketika berjalan ke hotel di Jalan Gaya pada waktu malam.

Sim Fui berkata, walaupun pihak polis berjaya menangkap penjenayah berkenaan tetapi ia tidak bermaksud tiada lagi kebimbanga­n masyarakat terhadap keselamata­n awam.

“Masih ada ruang yang luas untuk diperbaiki dan orang ramai juga perlu sentiasa peka serta berhati-hati untuk berjalan di kawasan tertentu.

“Kita juga mengucapka­n terima kasih kepada pihak polis kerana berjaya menangkap penjenayah yang menyamun pelancong China itu,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, kejadian rompakan seperti itu boleh menjejaska­n imej bandar raya ini kerana ia mampu tersebar secara pantas melalui media sosial.

Sehubungan itu katanya, rondaan pihak polis perlu dipertingk­atkan di kawasan tertentu dan mengadakan kerjasama dengan pihak berkaitan demi kebaikan bersama.

“Ini penting bagi menjamin keselamata­n rakyat dan juga pelancong di sini,” katanya.

 ?? ?? SIM FUI
SIM FUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia