Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Cina di Semporna terharu terima kunjungan Shafie

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Masyarakat Cina di daerah ini terharu menerima kunjungan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sempena sambutan Tahun Baharu Cina, barubaru ini.

Pengerusi Biro Ekonomi Parti WARISAN Semporna Soh Swee Tian berkata, acara ziarah rumah ke rumah itu menunjukka­n pemimpin di daerah ini menghargai semua kaum di sini.

Katanya, masyarakat kaum Cina sangat menghargai inisiatif itu, lebihlebih lagi ia dilakukan oleh seorang wakil rakyat terkenal di daerah ini dan Presiden Parti Warisan (WARISAN) sendiri.

“Pemimpin seperti ini yang kita mahukan, walaupun berlainan kaum dan agama, namun tetap meraikan perayaan lain.

“Beliau (Shafie) sanggup meluangkan masa datang ke rumah-rumah masyarakat kaum Cina untuk bersama merayakan sambutan Tahun Baharu Cina ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kehadiran pemimpin WARISAN di kediamanny­a, di sini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong.

Menurutnya, sambutan perayaan perlu dijadikan platform supaya semua kaum bersatu dan mewujudkan kesatuan tanpa sebarang perbezaan agama, kaum serta fahaman ideologi politik.

“Semua kaum dan agama perlu menghormat­i antara satu dengan yang lain supaya kemakmuran negara dapat dikekalkan.

“Kita tidak mahu terjadi seperti di negara lain yang kerap bergolak disebabkan masing-masing mahu mempertaha­nkan agama dan bangsa mereka,” katanya.

Soh berharap semua pemimpin dapat mencontohi pemimpin seperti Shafie yang sanggup datang rumah ke rumah untuk meraikan sambutan seperti ini.

“Justeru, saya mengucapka­n terima kasih kepada semua pemimpin WARISAN di daerah ini kerana sudi datang ke rumah untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

“Saya juga sangat bersyukur kerana dapat tinggal di daerah ini yang bukan hanya terkenal sebagai destinasi pelanconga­n, tetapi terkenal dengan keramahan pemimpin dan masyarakat­nya,” katanya.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Soh (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Shafie (tengah).
PENGHARGAA­N: Soh (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Shafie (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia