Utusan Borneo (Sabah)

28 atlet SAGA terima penghargaa­n

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Seramai 28 atlet Sukan Sabah (SAGA) 2023 dari Keningau dan Tambunan diberikan penghargaa­n wang tunai berjumlah RM1,000 untuk setiap pingat emas yang diperoleh daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

“Seperti yang saya umumkan semasa majlis penyerahan bendera pada tahun lalu di Dewan Belia dan Sukan (KBS) Keningau, saya berikan penghargaa­n kepada atlet yang berjaya mendapatka­n pingat emas semasa sukan SAGA tahun lalu.

“Tujuan majlis penghargaa­n ini adalah sebagai perangsang kepada para atlet agar berusaha lebih gigih untuk kekal berjaya dan seterusnya memperoleh­i pingat emas dalam temasya sukan SAGA akan datang.

“Dengan penghargaa­n ini saya berharap para atlet, jurulatih, pengurus serta ibu bapa berasa pencapaian para atlet ini dihargai,” katanya dalam ucapan di majlis Apresiasi Atlet SAGA 2023 bagi daerah Keningau dan Tambunan di sini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, kejayaan daerah Keningau merangkul 28 pingat emas, 15 perak dan gangsa meletakkan daerah itu di tempat kedua selepas Kota Kinabalu.

Manakala daerah Tambunan berjaya mendapat kedudukan keenam dengan 10 emas, tujuh perak dan enam gangsa. Selain itu, atlet dari daerah Tambunan berjaya memecahkan rekod SAGA iaitu Hanssen Yap Soon Fu dalam acara 100 meter (10.46 saat); Abernetha Tadius, 100 meter hurdles (14.96 saat) dan atlet lelaki 200 meter, Dexter Bedie (22.06 saat) sekali gus menjadikan daerah Tambunan dinobatkan sebagai juara olahraga keseluruha­n.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, semua itu tidak akan tercapai tanpa latihan sistematik oleh atlet, komitmen jurulatih, peranan serta dorongan pengurus pasukan termasuk para ibu bapa.

“Saya berharap pada tahun akan datang ada lagi pencapaian lebih baik yang mengangkat nama kedua-dua daerah Keningau dan Tambunan sekali gus melahirkan atlet untuk mewakili negeri dan yang lebih tinggi seperti sukan SEA, Komanwel dan seterusnya ke peringkat antarabang­sa dan dunia,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik; Pegawai Daerah (DO) Keningau Peter Jonu Moinjil; Pegawai Daerah Tambunan Sabitun Makajil; OCPD Keningau SUP Yampil Anak Hati dan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Johari @Jaibet Sabin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia