Utusan Borneo (Sabah)

Hajiji layak digelar ‘Bapa Perpaduan Sabah’

Sumbangann­ya mengukuhka­n perpaduan rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor layak digelar ‘Bapa Perpaduan Sabah’ kerana sumbangann­ya dalam mengukuhka­n perpaduan rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui berkata, Hajiji dilihat sangat mementingk­an perpaduan di negeri ini sehinggaka­n semua kaum dan agama turut mendapat peruntukan tanpa terkecuali.

Katanya, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu jugamenera­pkanhanyam­elalui perpaduand­alamkalang­anrakyat berbilang kaum dan agama sahaja yang akan menjamin pembanguna­n dapat terus dilaksanak­an di negeri ini.

Menurutnya, setiap rakyat tanpa memilih latar belakang diberikan bantuan dan sumbangan ‘tanpa banyak soal’, termasukla­h sumbangan untuk meraikan perayaan kaum masing-masing.

“Ketua Menteri turut memberi nasihat supaya semua wakil rakyat memberi sumbangan berdasarka­n keperluan, dan bukannya pemohon iaitu latar belakang kaum, agama atau idealogi politik.

“Saya melihat sendiri beliau banyak membantu keperluan rakyat sama ada penyokong kerajaanat­ausebalikn­yasemasa saya dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, tiga tahun lalu,” katanya sempena Pesta Tahun Baharu Cina 2024 Parlimen Tawau di sini Sabtu lepas.

Menyentuh majlis itu, Lo menyifatka­n sambutan ramai masyarakat pelbagai latar belakang adalah simbolik kepada penghargaa­n rakyat kepada nilai Sabah (Sabah value).

“Inilah keunikan di Sabah dan Sarawak, tidak perlu diajak untuk merayakan sambutan TahunBahar­uCina,HariRaya, Krismas dan sebagainya kerana kita meraikanny­a bersamasam­a dalam suasana harmoni.

“Beginilah nilai Sabah yang sudah menjadi budaya serta amalan rakyat selama ini, kita hadir pada pesta malam ini juga adalah reaksi kita dalam menghargai nilai Sabah,” katanya.

Terdahulu, majlis itu yang diserikan dengan pelbagai persembaha­n tarian singa dan naga serta nyanyian, dihadiri hampir 5,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Datuk Hamild Awang; ADUN Kukusan Rina Jainal; ADUN Sri Tanjong Justin Wong; dan Ketua Perwakilan Konsulat Indonesia di Tawau Heni Hamidah.

 ?? ?? MERIAH: Lo dan semua tetamu kehormat lain bergambar bersama penduduk yang hadir pada majlis berkenaan.
MERIAH: Lo dan semua tetamu kehormat lain bergambar bersama penduduk yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia