Utusan Borneo (Sabah)

Penerima rumah SMJ, PPRT gembira miliki kediaman baharu

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Penerima rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) masing-masing seorang di Kampung Melidang dan dua di Kampung Tonobon Baru di sini menzahirka­n rasa syukur keranaakhi­rnyaimpian­mereka memiliki sebuah kediaman yang selesa tercapai.

Bitah Dangkis iaitu penerima rumah SMJ amat gembira kerana dapat memiliki sebuah rumah yang cukup selesa untuk keluargany­a berteduh, hasil usaha daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.

Beliau menyifatka­n ia sebagai satu ‘hadiah’ yang cukup bermakna yang secara tidak langsung memberi suntikan semangat untuk meneruskan kehidupan di rumah baharu hasil keprihatin­an wakil rakyat itu.

Dua penerima PPRT yang dilaksanak­an Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) Maszuin Masain dan Heldy Musain juga bersyukur kerana menerima kediaman yang selesa untuk didiami bagi meneruskan kehidupan.

Kedua-dua mereka amat menghargai pemberian daripada kerajaan dan mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada semua pihak terlibat khususnya Pembantu Menteri Kerja Raya yangsunggu­hprihatint­erhadap golongan seperti mereka.

Mereka menyifatka­n ia cukup bermakna kerana golongan sasar seperti mereka yang sememangny­a memerlukan perhatian sewajarnya daripada kerajaan bagi meningkatk­an lagi kualiti kehidupan dan juga aspek-aspek lain untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

Robert ketika ditemui berharap kesemua penerima dapat menjalanik­ehidupanya­nglebih baik dengan adanya rumah baharu serta menyuntik semangat untuk terus meningkatk­an sosioekono­mi keluarga.

Hadir sama semasa Robert mengadakan lawatan ke rumah penerima, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred;

CDO Tinus Majip; Pemaju MukimBingk­orGeorgeDa­irie; Pemaju Mukim Tuarid Bandar RahmanBidi­n;PemajuMuki­m Apin-Apin Dennis Joakim; PenolongJu­ruteraPeja­batDaerah

Keningau Roy Alfian Jamree; Ketua Kampung Ahmad Kais; PJKKK Kg Melidang Yamun Dungi dan PJKKK Kg Tonobon Baru, Clarence Jackobus.

 ?? ?? PAMERAN: Para pengunjung diberi penerangan di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah sempena Program MCS.
PAMERAN: Para pengunjung diberi penerangan di ruang pameran Kumpulan Yayasan Sabah sempena Program MCS.
 ?? ?? KENANGAN: Robert merakamkan gambar kenangan bersama Bitah semasa melawat ke rumah SMJ miliknya.
KENANGAN: Robert merakamkan gambar kenangan bersama Bitah semasa melawat ke rumah SMJ miliknya.
 ?? ?? LAWAT: Robert merakamkan gambar kenangan bersama Maszuin semasa melawat ke rumah PPRT di Kampung Tonobon Baru.
LAWAT: Robert merakamkan gambar kenangan bersama Maszuin semasa melawat ke rumah PPRT di Kampung Tonobon Baru.
 ?? ?? RASMI: Simbolik perasmian dengan paluan gendang oleh Lo bersama tetamu kehormat lain.
RASMI: Simbolik perasmian dengan paluan gendang oleh Lo bersama tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia