Utusan Borneo (Sabah)

Serahkan soal agihan kerusi kepada pucuk pimpinan

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lumadan Mazlan Joehari Manan menyerahka­n sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hasrat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang mahu bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.

Beliau berkata, setiap parti tentunya mempunyai permintaan masing-masing dan perkara itu biarlah ditentukan apabila tiba masanya nanti di antara rakan komponen gabungan bersama-sama Pakatan Harapan (PH).

“Setiap parti dia ada ‘demand’ masing-masing, namun perkara itu biarlah diputuskan dalam perbincang­an di antara pimpinan-pimpinan parti-parti komponen melibatkan GRS dan PH.

“Sudah tentu setiap parti ada permintaan dan keinginan tersendiri, dan saya yakin perbincang­an itu akan mengambil kira beberapa perkara termasuk situasi menang-menang (win-win situation),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Pekan Gadong Bundle

Fest dan Pertanding­an Karaoke yang disempurna­kan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah di tapak tamu Pekan Gadong di sini barubaru ini.

Mazlan berkata, apapun hasrat dan permintaan parti haruslah dibincangk­an secara bersama demi memastikan kemenangan berpihak kepada gabungan yang bekerjasam­a dalam PRN nanti.

Awal Februari lepas, Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick menyatakan UPKO mahu bertanding beberapa lagi kerusi lain pada PRN akan datang dan hasrat itu disuarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar

Ibrahim dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Sambil menyuaraka­n hasrat itu, UPKO berpandang­an agihan kerusi pada PRN akan datang harus dibincangk­an secara segar dan teliti kerana sebahagian kerusi yang dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam PRN16 berhijrah ke parti baharu dan satu gabungan parti baharu.

Kemenangan kerusi-kerusi lama oleh ADUN yang memenangi kerusi itu atas tiket lain dan kini berhijrah kepada parti baharu tidak boleh dijadikan sebagai penentuan mahupun dilabel milik gabungan berkenaan.

 ?? ?? BERTUAH: Mazlan menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sempena program itu.
BERTUAH: Mazlan menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia