Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Air potong 45 sambungan air haram

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Jabatan Air Daerah Tawau mengesan sebanyak 45 sambungan air secara haram dalam operasi pemotongan di kawasan Batu 4 Jalan Apas, di sini pada Selasa.

Jurutera Air Daerah Tawau, Abdul Halim Ag Marali berkata, pihaknya menerima maklumat awam dan risikan mengenai sambungan haram di kawasan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) bertindak menjalanka­n operasi pemotongan di sekitar kawasan itu.

“Hasil siasatan mendapati berlaku 45 sambungan haram dari paip utama yang berada di bawah jambatan di hadapan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau.

“Sambungan haram berkenaan dipercayai disalurkan kepada lebih 150 rumah di kawasan setinggan di Kampung Kurnia Jaya dan Kampung Air Batu 4,” katanya dalam kenyataan media, di sini kelmarin.

Menurutnya, operasi pemotongan itu dijalankan oleh pihak kontraktor dan dipantau oleh anggota penguatkua­sa JADT Tawau bersama pasukan PDRM.

“Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan denda dan penjara mengikut Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003,” katanya.

Abdul Halim berkata, masyarakat atau pengguna di daerah ini diminta supaya sentiasa mematuhi undangunda­ng yang ditetapkan dalam Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

Katanya, kegagalan mematuhi undang-undang berkenaan akan berdepan dengan tindakan denda yang berat sekiranya didapati bersalah.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan memaklumka­n kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sekiranya terdapat sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air.

“Laporan dan maklumat boleh disalurkan dengan menghubung­i Careline JANS di talian 088-326888,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Pasukan operasi merampas paip air yang disyaki digunakan untuk penyambung­an haram.
RAMPAS: Pasukan operasi merampas paip air yang disyaki digunakan untuk penyambung­an haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia