Utusan Borneo (Sabah)

Kilang usik meter SESB diserbu

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Dua kilang diserbu selepas dipercayai melakukan pengusikan terhadap pepasangan meter milik Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, serbuan menerusi Op

Letrik dijalankan sepasukan polis Bahagian D4 (Risikan/ Operasi/Rekod Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah dan jurutera SESB.

Katanya, serbuan pertama dijalankan kira-kira jam 5 petang membabitka­n kilang sejuk beku di Jalan Sulaman Gayang.

“Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan oleh jurutera

SESB mendapati terdapat pengusikan pepasangan meter yang menyebabka­n bacaan meter milik SESB tidak tepat.

“Pihak jurutera SESB mengesahka­n berlaku kecurian arus elektrik digunakan pada premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Azmi berkata, seorang lelaki yang juga penjaga premis berumur 28 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

“Serbuan kedua membabitka­n premis yang menjalanka­n perniagaan berasaskan sumber laut di Kampung Batangan Baru, Jalan Gayang, Tuaran, jam 6.45 petang, hari sama.

“Pemeriksaa­n pada pepasangan meter di premis itu oleh jurutera SESB mengesan turut pengusikan pada pepasangan meter yang menyebabka­n bacaan meter milik SESB tidak tepat dan mengesahka­n berlaku kecurian arus elektrik,” katanya.

Menurutnya, penjaga premis lelaki berumur 47 tahun ditahan dan keduadua tangkapan dibawa ke pejabat JSJ Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk siasatan lanjut.

“Pasukan serbuan turut merampas barang-barang yang digunakan untuk pengubahsu­aian letrik di premis berkenaan.

“Perbuatan mengusik pepasangan meter di dua kilang ini menyebabka­n SESB mengalami kerugian bernilai RM85,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

 ?? ?? PERIKSA: Kakitangan SESB menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap meter kilang.
PERIKSA: Kakitangan SESB menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap meter kilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia