Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diminta bantu pengusaha pelanconga­n di Semporna

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kerajaan negeri diminta membantu Persatuan Pengusaha Syarikat Pelanconga­n Bumiputera Semporna (PUSPABUMI) untuk melonggark­an undangunda­ng yang digariskan oleh pihak Majlis Daerah Semporna (MDS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong, berkata permohonan rayuan dan bantuan telah dibuat oleh PUSPABUMI kepada pihak MDS.

Katanya, terdapat lima justifikas­i yang disenaraik­an oleh PUSPABUMI untuk perhatian pihak MDS supaya dapat melonggark­an undang-undang yang telah digariskan.

“Hal ini kerana majoriti ahli persatuan belum mempunyai kelulusan

TOL disebabkan proses permohonan yang lama dalam melengkapk­an semua ulasan jabatan kerajaan berkaitan. Permohonan DP juga tidak dapat didaftar atas sebab kelulusan TOL belum diperolehi dan pembayaran cukai pintu ditolak kerana diperlukan TOL,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan sesi libat urus bersama pengusaha pelanconga­n, di sini, pada Ahad.

Selain itu, katanya, PUSPABUMI juga memohon lanjutan masa pengoperas­ian sementara sehingga TOL mereka diluluskan.

“Persatuan juga memohon kebenaran sementara menggunaka­n jeti awam disebabkan kedudukan jeti berkenaan yang strategik.

“Ia juga memudahkan urusan pelancong dan pengusaha dalam masa yang sama masih mematuhi peraturan-peraturan pendaftara­n ‘manifest’,” katanya.

Dalam pada itu, Jaujan berkata, majlis sesi libat urus itu bertujuan sebagai pemutihan premis perniagaan penginapan, resort dan chalet di daerah ini.

Katanya, seramai 19 pengusaha pelanconga­n dijemput untuk membincang­kan mengenai pemutihan premis berkenaan.

“Saya dijemput oleh PUSPABUMI untuk mempengeru­sikan sesi libat urus ini. Semua pengusaha berkenaan dilihat memberikan kerjasama untuk membincang­kan mengenai sektor pelanconga­n supaya bertambah baik,” katanya.

Menurutnya, objektif utama sesi pertemuan ini adalah mengemukak­an permasalah­an permohonan pengoperas­ian bagi ahli PUSPABUMI di tapak resort yang sudah lama dibina.

“Sebagai wakil rakyat di daerah ini akan berusaha memberikan kerjasama untuk memajukan sektor pelanconga­n di sini.

“Saya berharap semua cadangan dan keputusan yang dibuat dalam sesi libat urus ini dapat dilaksanak­an dengan sebaiknya,” katanya.

 ?? ?? PERTEMUAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong (duduk, empat kanan) ketika mempengeru­sikan sesi libat urus itu.
PERTEMUAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong (duduk, empat kanan) ketika mempengeru­sikan sesi libat urus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia