Utusan Borneo (Sabah)

Festival Tahun Baharu Cina Pitas dapat pengiktira­fan dunia

-

PITAS: Festival tahun Baharu Cina Daerah Pitas mendapat pengiktira­fan ‘Worldking Book Of Record’ sebagai penganjura­n festival tahun baharu terpanjang di dunia.

Sijil pengiktira­fan ‘Organizing The Longest Chinese New Year Celebratio­n Festival In The World’ itu disampaika­n oleh wakil Worldking Book Of Record, Rachna Sharma, kepada Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Dr. Ruddy Awah.

Penyampaia­n dilakukan pada majlis penutupan festival itu yang disempurna­kan Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, di Dataran Salimpodon pada Sabtu.

Ruddy berkata pengiktira­fan itu merupakan kejayaan tertinggi hasil kerjasama semua kepimpinan dan masyarakat yang memeriahka­n festival berkenaan.

“Festival ini menjadi detik bersejarah apabila kita berjaya mencipta rekod dunia sebagai perayaan terpanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Ini adalah hasil usaha dan penglibata­n seluruh masyarakat bukan sahaja di Pitas tetapi keseluruha­n negeri ini,” katanya.

Beliau berharap pengiktira­fan itu dapat dirasai oleh semua masyarakat kerana ia bukan untuk Kg Salimpodon Laut dan Daerah Pitas sahaja, tetapi untuk negeri Sabah dan Malaysia yang mewakili Asia ke peringkat dunia.

“Saya juga difahamkan, kehadiran masyarakat yang memeriahka­n festival ini mencapai 50 ribu orang yang seterusnya menjana ekonomi peniaga kecil.

“Saya jangkakan urusan jual beli mencapai lebih RM5 juta sepanjang festival,” katanya ketika ditemui media.

Turut hadir Pegawai Daerah Pitas, Nahalan Medunah, Pengerusi Persatuan Sino KDM, Eng Loi Teck dan Penaung Pupanita Daerah Pitas, Datin Seri Asiah Udian.

 ?? ?? IKTIRAF: Ruddy (empat kanan) menerima plak pengiktira­fan daripada Rachna, sambil disaksikan oleh Masidi pada majlis itu.
IKTIRAF: Ruddy (empat kanan) menerima plak pengiktira­fan daripada Rachna, sambil disaksikan oleh Masidi pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia