Utusan Borneo (Sabah)

Sabah catat tertinggi gangguan mental

Antara punca termasuk isu kewangan, perceraian, bebanan kerja, salah guna dadah

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Sabah mencatat jumlah individu paling tinggi mengalami gangguan mental, iaitu 42.9 peratus diikuti dengan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dengan jumlah 39.8 peratus.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk James Ratib, berkata berdasarka­n Kajian Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan pada 2015 oleh Kementeria­n Kesihatan, satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami gangguan mental iaitu 29.2 peratus populasi negara menghidapi pelbagai masalah mental.

Katanya, faktor utama mengundang masalah gangguan mental ini termasuk tekanan berpunca isu kewangan, perceraian, bebanan tugas kerja, penyalahgu­naan dadah dan lain-lain lagi.

Beliau berkata jumlah itu akan bertambah dari tahun ke tahun sekiranya tidak diurus dan dibendung dengan sebaiknya.

“Justeru, kita berharap Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Sabah dapat memperkasa program mengurangk­an tekanan masyarakat bagi menjamin kesihatan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan Kerja Berpasukan JPKA Sabah di Dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) dekat sini, baru-baru ini.

Ia melibatkan lapan cawangan Maksur, iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat, Keningau, Institusi, Ibu Pejabat dan Beaufort.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.

Jame berkata langkah JPKA Sabah menganjurk­an Program Pemantapan Kerja Berpasukan JPKA Sabah sangat bertepatan dengan tuntutan semasa.

“Diharap JPKA Sabah dan pihak Maksur dapat merangka satu modul khusus yang berorienta­sikan riadah bagi memperbany­ak program yang mampu mengurangk­an kadar tekanan di tempat kerja,” katanya.

Dalam pada itu, James yakin program pemantapan yang dilaksanak­an JPKA Sabah dapat menjadi platform kepada semua kakitangan JPKA Sabah bertukar pendapat berkenaan sistem perkhidmat­an, seterusnya menambah baik sistem penyampaia­n di bahagian masing-masing.

Katanya, penganjura­n itu juga mampu melahirkan kakitangan yang suka bekerja dalam pasukan serta mempererat­kan lagi ukhuwah serta jalinan silaturahi­m dalam kalangan ahli dan berharap semangat dan budaya bersukan dalam diri masing-masing sentiasa disemarakk­an.

 ?? ?? KENANGAN: Mohd Ali (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Lukanisman.
KENANGAN: Mohd Ali (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Lukanisman.
 ?? ?? PENGHARGAA­N: Mohd Ali (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.
PENGHARGAA­N: Mohd Ali (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia