Utusan Borneo (Sabah)

51 kanak-kanak jayakan Program Berkhatan anjuran USIA Labuan

-

LABUAN: Seramai 51 kanak-kanak ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan telah menjayakan Program Berkhatan Beramai-ramai yang diadakan di Klinik Kesihatan Labuan, Membedai pada Sabtu lalu.

Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali @ Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram berkata program anjuran USIA Bahagian Labuan itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.

Katanya, kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni turut memeriahka­n program yang bermula seawal jam 7 pagi.

Mohd Ali berkata program yang dianjurkan setiap tahun itu bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli-ahli USIA Bahagian Labuan selain membantu meringanka­n beban ibu bapa.

Katanya, objektif utama program itu adalah untuk membantu mengurangk­an beban kos berkhatan sekali gus meringanka­n ibu bapa.

“Program tahunan itu dilaksana pada musim cuti sekolah bagi memudahkan ibu bapa mengurus anakanak mereka,” katanya.

Beliau tidak lupa merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program itu termasuk Jabatan Kesihatan Labuan, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan serta AJK USIA.

Katanya, kehadiran dan kepercayaa­n ibu bapa terhadap program itu juga amat USIA Labuan hargai.

“Setiap tahun kita mendapat kerjasama yang padu daripada kedua-dua agensi kerajaan itu.

“Kesemua kanak-kanak yang telah selesai menjalani proses berkhatan akan diraikan dalam satu majlis Kenduri Kesyukuran dan Selawat Marhaban yang akan didakan pada 9 Mac depan di Surau Nurul Hidayah Batu Arang,” katanya.

Tambah beliau, ibu bapa sentiasa menantikan program itu pada setiap tahun kerana pelaksanaa­nnya yang teratur selain mampu meringanka­n beban kewangan ibu bapa.

“Kanak-kanak pun kurang takut kerana program itu disertai ramai peserta berbanding jika ia diadakan secara bersendiri­an,”katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan dan Setiausaha USIA Labuan, Yahya Bakri.

 ?? ?? TAHNIAH: Ruslan mewakili James menyerahka­n hadiah kepada salah pemenang sempena program itu.
TAHNIAH: Ruslan mewakili James menyerahka­n hadiah kepada salah pemenang sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia