Utusan Borneo (Sabah)

Ahli PBRS diminta amalkan semangat setia kawan

-

PUTATAN: Ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) digesa jangan bertindak secara terburu-buru dalam mengambil suatu keputusan,

Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup, sehubungan itu menasihatk­an agar sesuatu tindakan atau keputusan dibuat dengan matang dan bijaksana berasaskan semangat setia kawan.

“Semangat setia kawan yang dimaksudka­n ialah sentiasa bersama-sama parti ketika melalui masa susah dan senang,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Malaysia.

Beliau turut menasihatk­an agar ahli PBRS sentiasa mengamalka­n semangat setia kawan dalam Barisan Nasional (BN) bagi memperjuan­gkan nasib rakyat di negeri ini agar lebih terjamin dan terbela.

Arthur berkata demikian ketika merasmikan penubuhan Bahagian PBRS N.24 Tanjung Keramat Putatan di sebuah hotel di sini barubaru ini.

Dalam majlis yang turut dihadiri ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-ketua Bahagian PBRS itu, beliau turut menerima lebih 300 permohonan keahlian untuk menyertai parti daripada masyarakat di DUN Tanjung Keramat.

Sementara itu, Ketua Bahagian PBRS N.24 Tanjung Keramat, Mohd Tahir Mohd Soon mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Presiden PBRS yang memberi peluang kepada beliau untuk memimpin parti itu di Tanjung Keramat, Putatan, iaitu satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan.

Katanya, penubuhan bahagian ini akan memberi peluang kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam arena politik bagi memimpin di peringkat bahagian dan cawangan serta dapat berkhidmat kepada masyarakat.

Selain itu, ia memberi peluang lebih luas kepada pemimpin muda berintegri­ti serta berkualiti.

Tahir juga mengucapka­n terima kasih kepada warga Tanjung Keramat, yang memberi dorongan dan sokongan padu dalam menjayakan program berkenaan.

“Semoga suasana politik negara berkembang ke arah kestabilan dan perpaduan ini terus bersemarak menuju kegemilang­an dalam Malaysia Madani,” katanya.

 ?? ?? BERJUANG: Ahli PBRS Tanjung Keramat bergambar bersama Ketua Bahagian, Mohd Tahir Mohd Soon dan kepimpinan PBRS yang lain.
BERJUANG: Ahli PBRS Tanjung Keramat bergambar bersama Ketua Bahagian, Mohd Tahir Mohd Soon dan kepimpinan PBRS yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia