Utusan Borneo (Sabah)

Penghujung Borneo permata tersembuny­i di Kudat, Sabah

-

KUDAT: Terletak di titik paling hujung Borneo, Tanjung Simpang Mengayau di sini dikenali ‘Pengujung Borneo’ atau ‘Tanduk Sabah’ dalam kalangan orang tempatan, dan ‘Tip of Borneo’ dalam kalangan pelancong luar merupakan ‘permata tersembuny­i’ yang perlu dilawati pelancong ke Sabah.

Pemandu pelancong Taty Ilyana Md Ali, 31, berkata apa yang istimewany­a mengenai Tanjung Simpang Mengayau adalah ia merupakan kawasan dataran paling hujung di utara Borneo, terletak kirakira 200 kilometer utara dari Kota Kinabalu dalam perjalanan antara tiga hingga empat jam

“Ia juga merupakan titik pertemuan antara Laut China Selatan di sebelah Barat, dan Laut Sulu di sebelah Timur malah pelancong boleh melihat sendiri permandang­an matahari ‘jatuh’ di horizon laut kebiruan yang amat indah.

“Jika kita tengok dalam peta Borneo ini ada seakanakan tanduk di hujung utara Sabah itulah dia Tanjung Simpang Mengayau ini, kerana itu orang sini (tempatan) gelar dia Tanduk Borneo. Zaman dahulu pelaut suka jadikan kawasan ini tempat pendaratan dan persinggah­an kerana lokasinya strategik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata lebih 100 orang pelancong sebulan dibawanya, meskipun lokasinya yang jauh dari Kota Kinabalu dan laluan yang agak mencabar.

Bagaimanap­un beliau berkata fasiliti pelanconga­n yang telah selesai dinaik taraf sekitar pertengaha­n tahun lepas oleh Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) antaranya kawasan pejalan kaki dan platform lebih selamat memberikan ruang yang lebih baik untuk pelancong menikmati keindahan kawasan itu.

Pada bulan lepas, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata kerajaan Sabah menyasarka­n kedatangan 3 juta pelancong tahun ini dengan industri pelanconga­n Sabah semakin berkembang menerusi kedatangan 2.5 juta pelancong, menjana RM4.6 bilion tahun lepas.

Yun Eun Ae, 43, pelancong dari Incheon, Korea Selatan berkata dia mengetahui mengenai Tanjung Simpang Mangayau, sekitar dua tahun lepas apabila merancang perjalanan ke Sabah untuk rehat minda yang amat diperlukan selepas melalui tempoh yang meletihkan sepanjang penularan wabak COVID-19.

“Saya seorang ahli farmasi jadi anda boleh bayangkan betapa sibuknya hidup saya ketika itu apabila COVID19 melanda, jadi saya ingin melancong ke tempat dengan persekitar­an semula jadi yang indah, dan sudah tentu Sabah merupakan satu daripada destinasi terbaik di Asia dan saya suka mencari permata tersembuny­i, maka dari situlaa saya terjumpa Tip of Borneo melalui carian di Internet.

“Gambar-gambar di Internet tidak sama dengan keindahan sebenar di sini. Laut yang biru, pantai yang memutih serta hospitalit­i penduduk Sabah di sini sungguh mengagumka­n.

“Sangat suka di sini. Amat berbaloi melalui perjalanan yang mencabar untuk ke sini, dan benar-benar dapat rehat minda, jiwa dan raga saya apabila berada di sini,” katanya.

Eun Ae yang kini sedang bercuti seminggu ke Sabah bersama suami dan akan berlepas ke Thailand minggu depan untuk melawat lebih banyak pantai yang indah.

Namun begitu, keindahan laut, pantai dan alam semula jadi di Tanjung Simpang Mangayau adalah sukar untuk ditandingi, katanya.

Mohd Khairul Mohd Bakri, 25, jurujual dari Baling, Kedah berkata beliau mengunjung­i Tanjung Sompang Mengayau bersama tiga rakannya untuk aktiviti memancing dan kawasan itu merupakan sebuah ‘permata tersembuny­i’ di Sabah untuk ‘kaki pancing’ termasuk untuk aktiviti menyelam skuba.

“Kawasan ini jadi pilihan kaki pancing kerana pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu jadi mahu memancing itu ada cabaran dan keistimewa­an sendiri seperti kena pandai baca laut. Ikan juga amat istimewa tidak jumpa di Semenanjun­g antaranya baulu, uji rashid, pisang-pisang dan kutambak,” katanya.

Beliau berkata produk pelanconga­n seperti makanan laut di Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu di Ranau dan pemulihara­an Orang Utan di Sepilok sering menjadi pilihan, namun pelancong tidak seharusnya melupakan permata tersembuny­i Sabah seperti Tanjung Simpang Mengayau bagi memberi kelainan dalam perjalanan mereka.

Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Simpang Mengayau Laut Sabaruddin Pahtani, 51, berkata nama asal kawasan itu adalah Sampang Mengazou dalam bahasa etnik Rungus membawa maksud simpang pertempura­n.

“Sini jadi tumpuan pertempura­n, berlawan banyak dengan lanun kerana kawasan strategik antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.

“Kawasan laluan kapal dan sumber laut amat banyak selain sumber semula jadi darat daripada kawasan lain,” katanya. —Bernama

 ?? ?? RASMI: Arthur memalu gong tanda perasmian PBRS N24 Tanjung Keramat.
RASMI: Arthur memalu gong tanda perasmian PBRS N24 Tanjung Keramat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia