Utusan Borneo (Sabah)

Kod Etika Wartawan tingkatkan kefahaman, kredibilit­i media

-

KOTA KINABALU: Lapan etika dalam Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarka­n baru-baru ini berupaya meningkatk­an lagi kefahaman, sekali gus mengangkat kredibilit­i pengamal media.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa, berkata kod etika yang telah dikemas kini itu merupakan garis panduan kepada pengamal media mengadapta­si tugas mereka dengan perkembang­an teknologi semasa.

“Etika Kewartawan­an Malaysia diperkenal­kan pada ta- hun 1989 dan pengemaski­nian kod etika ini wajar dan sebagai peneraju media di Sabah, kita menyambut baik.

“Kod yang dikemas kini ini seiring perkembang­an teknologi semasa dan kita yakin dapat meningkatk­an lagi kefahaman wartawan mengenai undang-undang, akta dan polisi berkaitan tugas mereka.

“Lapan etika ini pastinya memberi impak besar kepada semua wartawan, antaranya memberi maklumat sahih dan tidak menyebelah­i mana-mana pihak supaya laporan mempunyai kredibilit­i dan paling penting ia diyakini rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Supian berkata pengemaski­nian kod etika itu disifatkan sebagai usaha mengangkat martabat dan kredibilit­i pengamal media di negara ini.

Tambahnya, kod etika kewartawan­an juga berkait rapat dengan kad akreditasi yang dikeluarka­n Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) kepada pengamal media berdaftar dan diperakuka­n oleh kerajaan secara rasmi.

“Sejak diperkenal­kan oleh Malaysian Press Institute pada tahun 1989, etika itu menjadi asas dan rujukan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam menguruska­n pengeluara­n Kad Perakuan Media (KPM).

“Dengan pengemaski­nian lapan kod etika ini, kerajaan sebenarnya ingin mengangkat martabat pengamal media di negara ini secara keseluruha­nnya.

“Kepada agensi media yang belummenda­ftardengan­JaPen, kita mengalu-alukan mereka untukberbu­atdemikian­kerana kitamahume­lahirkango­longan media bertanggun­gjawab dan beretika dalam setiap perincian laporan mereka di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen Sabah, Peter Tong Ah Pin memaklumka­n setakat ini Sabah merekodkan 24 agensi media berdaftar dan beliau berharap lapan kod etika yang dikemas kini itu dipatuhi oleh semua pengamal media. — Penerangan

 ?? ?? KEPUTUSAN: Arifin semasa mengumumka­n keputusan Sayembara Menulis Puisi Berunsur Islam 2023 sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Nusantara 2023.
KEPUTUSAN: Arifin semasa mengumumka­n keputusan Sayembara Menulis Puisi Berunsur Islam 2023 sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Nusantara 2023.
 ?? ?? TERBAIK: Supian (kanan) dan Peter ketika ditemui media di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi.
TERBAIK: Supian (kanan) dan Peter ketika ditemui media di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia