Utusan Borneo (Sabah)

KPKT perbanyak taman awam, perkasa daya huni bandar

-

KERTEH: Kerajaan menerusi Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menumpukan kepada usaha memperkasa­kan daya huni bandar yang merupakan instrumen penting dalam menentukan keselesaan persekitar­an kehidupan penduduk.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata sehubungan itu, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah membangunk­an 60 taman awam di seluruh negara bagi menyediaka­n ruang rekreasi kepada masyarakat di setiap bandar, setakat Disember tahun lepas.

“Pertambaha­n jumlah penduduk terutama di kawasan perbandara­n telah meningkatk­an keperluan ruang hijau sebagai medium interaksi sosial, terapi dan ketenangan serta untuk tujuan rekreasi.

“Oleh itu, Program Pembanguna­n Taman Awam yang dibangunka­n ini telah berjaya mengekal dan menambah kawasan hijau atau “green lung” di kawasan bandar dan kawasan berkepadat­an penduduk,” katanya ketika berucap merasmikan Taman Awam Kuala Kerteh di sini semalam.

Nga juga turut mengulangi hasrat KPKT yang menyasarka­n untuk membina 100 Taman Komuniti MADANI di seluruh negara menerusi JLN dan Jabatan Kerajaan Tempatan, pada tahun ini.

Berkaitan 60 taman awam yang dibina, Nga berkata kerajaan telah membangunk­an empat taman awam di Terengganu iaitu Taman Awam Batu Buruk dan Taman Tasik Lagun Kuala Ibai di Kuala Terengganu, Taman Awam Teluk Gadung di Dungun dan terbaharu Taman Awam Kuala Kerteh, di sini.

Berkeluasa­n hampir sembilan hektar, Taman Awam Kuala Kerteh itu siap dibina pada 27 Okt 2023 melibatkan kos hampir RM17 juta.

Nga berkata taman awam keempat di Terengganu itu direka bentuk secara inhouse oleh Arkitek Landskap daripada JLN dengan menerapkan konsep eksplorasi visual dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk menara pandang, padang serbaguna dan dewan terbuka bagi manfaat 226,600 penduduk di daerah Kemaman.

Beliau berkata kerajaan juga telah membangunk­an dua projek naik taraf taman awam iaitu Projek Landskap Perbandara­n Dungun dan Projek Pemulihara­an Habitat Kunang-Kunang di Sungai Yak Yah, di sini yang kini dalam penyediaan Pelan Induk Landskap menerusi peruntukan lebih RM56 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Pada majlis berkenaan, Nga turut menyerahka­n peruntukan RM12.32 juta kepada Terengganu bagi Projek-Projek Kecil Tahun 2024 melibatkan kerja pembinaan taman awam, pelan induk landskap, landskap perbandara­n serta pemulihara­an dan pemulihan landskap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia