Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Kabinet terlibat rasuah wajib digugurkan: PM

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan bahawa mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinanny­a yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka.

Beliau berkata, tindakan itu bagi menyelamat­kan negara daripada gejala rasuah, dan beliau juga telah mengarahka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan terhadap jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.

“Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman - hukum.

“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah, dan ingatan itu jelas.

“...kalau ada (rasuah), saya akan kata jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang bekenaan wajib digugurkan, baru negara selamat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 di sini semalam.

Anwar berkata, beliau juga menasihati jemaah Menteri untuk menilai dan mengkaji sebarang projek yang telah diluluskan, sebelum meneruskan­nya bagi memastikan prosesnya telus, bersih dan kemungkina­n ia boleh menjimatka­n.

Beliau berkata, perkara sebegitu penting untuk diteliti supaya wang rakyat dapat diselamatk­an dan seterusnya dipulangka­n semula kepada rakyat untuk manfaat bersama.

“Namun ia memerlukan kerjasama untuk tolong selamatkan negara ini dengan lapor sesiapa yang melanggar (undang-undang), baru boleh kita serah kepada SPRM untuk bertindak, kerana ini bukan kerja SPRM sahaja, ini kerja kita, dengar, lapor dan jangan fitnah, jangan khianat.

“Sebab itu saya cadangkan SPRM, untuk adakan wacana sedemikan di seluruh negara dan membicarak­an rasuah…kerana ramai dalam kalangan elit, sama ada politik, korporat dan pengurusan negara agak tak senang dengan wacana mengenai rasuah sebab mereka hidup dan bergeluman­g dengan itu,” katanya.

Perdana Menteri turut mempersoal sikap pemimpin pembangkan­g yang dilihat masih membisu dan tidak menyatakan sebarang sokongan terhadap usaha SPRM menyiasat golongan atasan yang dikaitkan dengan isu rasuah.

Malah Anwar berkata, pihak berkenaan pula sebaliknya menuduh siasatan yang dilakukan terhadap ‘maha kaya’ itu kerana dendam kesumat.

“Saya lihat di Parlimen, pembangkan­g menggelupu­r seolaholah marah, benci. Tidak ada suara pembangkan­g yang sokong langkah membantera­s rasuah, bagi saya aneh.

“Saya semasa menjadi pembangkan­g, bila ada cadangan pemerintah usul SPRM, saya dukung, malah saya kata belum cukup berani dan baru-baru ini ada tindakan SPRM terhadap salah satu tokoh besar yang dianggap paling ‘maha kaya’, belum ada suara daripada pembangkan­g,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Anwar pada Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC SUMMIT) 2024 di sebuah hotel Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (tiga kiri) dan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki (dua kanan).
— Gambar Bernama KENANGAN: Anwar pada Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC SUMMIT) 2024 di sebuah hotel Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (tiga kiri) dan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia