Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan remaja miliki senjata api tiruan

- Oleh Hamzah Sanudin Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki ditahan selepas gambar dia sedang menggunaka­n alat menyerupai senjata api di tingkap blok sebuah kondominiu­m di Jalan

Kayu Madang, di sini tular di media sosial, semalam.

Suspek berusia 15 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah

(IPD) Kota Kinabalu di rumahnya di kondominiu­m berkenaan, jam 5.36 petang.

Ketua Polis Daerah

Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai gambar remaja terbabit tular di media sosial.

Katanya, susulan itu sepasukan polis menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas sebuah rumah dan menemukan selaras senjata tiruan menyerupai AK47 iaitu senjata blester dan sepucuk pistol tiruan.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu jam 9 pagi pada 2 Mac lalu bertempat di tangga dengan menggunaka­n senjata berkenaan untuk menembak ke arah beberapa objek yang dijadikan sasaran.

“Suspek juga mengaku membeli dua senjata tiruan di sebuah kedai di bandar raya ini dengan harga RM158 dan RM54,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Mohd Zaidi berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis membuat serbuan di kedai menjual senjata tiruan di sebuah kompleks belibelah, di sini.

“Sejumlah senjata tiruan dirampas dan menahan seorang lelaki dan wanita berusia 15 dan 19 tahun yang bekerja di premis berkenaan. Tangkapan serta rampasan berkenaan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya.

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutua­n perlu mengambil langkah drastik untuk melakukan proses pembenihan awan di Sabah memandangk­an keadaan cuaca yang panas ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata Sabah mengalami cuaca panas dan kering sehingga mencecah 40 darjah Celsius.

Katanya, fenomena itu menyebabka­n bekalan air sedia ada termasukla­h di empangan negeri ini sudah terjejas.

“Laporan Jabatan Air Sabah (JAS) menunjukka­n takungan air di empangan berada di tahap kritikal dan hanya berbaki tiga bulan untuk menampung keperluan pengguna.

“Sumber air di Lembangan Sungai di beberapa daerah juga turut menunjukka­n paras penurunan yang sangat ketara,” katanya.

Beliau yang juga Naib

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata demikian dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, gelombang haba yang tinggi juga dilihat akan memusnahka­n tanaman dan ternakan kerana bekalan air di kawasan luar bandar juga mula terjejas.

Masiung turut meminta supaya kerajaan negeri segera mengemukak­an permohonan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan proses pembenihan awan.

“Hal ini kerana, isu cuaca kemarau dan panas ini sudah mencecah satu bulan, malah ia semakin membimbang­kan penduduk di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a) juga turut meramalkan keadaan kering dan panas di Sabah akan berterusan sehingga hujung bulan Mei depan.

Katanya, fenomena monsun barat daya kali ini agak luar biasa dan kerajaan perlu segera mengambil langkah drastik supaya proses pembenihan awan disegeraka­n.

“Langkah catuan bekalan air kurang disenangi penduduk, lebih-lebih lagi pertengaha­n bulan ini umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Selain itu, musim persekolah­an juga tidak lama lagi dibuka yang mana cuaca panas dan kering boleh menyebabka­n orang ramai terdedah stroke haba,” katanya.

 ?? ?? MASIUNG
MASIUNG
 ?? ?? TULAR: Gambar remaja terbabit sedang menggunaka­n senjata api tiruan yang tular di media sosial.
TULAR: Gambar remaja terbabit sedang menggunaka­n senjata api tiruan yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia