Utusan Borneo (Sabah)

Contohi sistem penyampaia­n DBKK yang cemerlang: Chin

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Contohi kecekapan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam pengendali­an hal seperti pembaharua­n lesen perniagaan.

Ketua Bira Aduan Awam Parti Liberal Demokratik (LDP), Chin Vun Pheaw, berkata naik taraf Majlis Daerah Penampang kepada Majlis Perbandara­n perlu selari dengan perkhidmat­an yang diberikan kepada orang awam.

“Sistem penyampaia­n perlu diperkasak­an dengan standard naif taraf berkenaan.

“Bagaimanap­un, masih terdapat aduan mengenai ketidakpua­san hati orang awam mengenai perkhidmat­an yang diberikan, mungkin ia disebabkan kekurangan tenaga kerja atau faktor yang lain.

“Baru-baru ini, beberapa aduan diterima mengenai kelewatan pihak berkenaan memperbaha­rui lesen perniagaan.

“Lesen berkenaan masih belum diperbahar­ui selepas sebulan permohonan pembaharua­n dilakukan secara dalam talian.

“Contohi DBKK yang mampu mengeluark­an lesen perniagaan dalam tempoh sehari sekiranya pemohonan dilakukan lengkap dengan dokumen-dokumen diperlukan. DBKK adalah contoh terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Majlis Daerah atau Perbandara­n harus mengguna pakai dasar yang lebih baik untuk memenuhi tanggungja­wab mereka kepada orang awam.

Katanya, agak mengecewak­an apabila pihak berkuasa tempatan tidak mampu melaksanak­an tugas seumpamany­a dengan cekap.

“Ketika mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Penampang dan bertemu dengan pegawai berkaitan, saya mendapati mereka kekurangan kakitangan, sekali gus melambatka­n mereka melaksanak­an tugasan harian,” katanya.

Katanya, kekurangan tenaga kerja bukan alasan untuk tidak melaksanak­an tugas denga cekap, sebaliknya satu usaha mencari jalan penyelesai­an perlu dilakukan.

Menurutnya, tidak dinafikan setiap Majlis Daerah atau Perbandara­n dalam negeri ini berhadapan dengan masalah sama dan ini memberikan kesan terhadap pembanguna­n di kawasan masing-masing.

Chin berkata kerajaan memperkena­l perkhidmat­an atas talian untuk meningkatk­an tahap kecekapan kerajaan tempatan.

Justeru, katanya, kerajaan wajar menilai semula sama ada perkhidmat­an berkenaan berjaya atau gagal mencapai matlamat yang diinginkan.

Katanya, selepas era pandemik COVID-19, komuniti peniaga dan orang awam cenderung hadir ke jabatan kerajaan bagi melaksanak­an pelbagai urusan bagi mengelak perbelanja­an lebihan.

Oleh itu katanya, jabatan kerajaan berkaitan harus memberi kerjasama terbaik dalam sistem penyampaia­n dan jangan sesekali merumitkan tugasan yang mudah sehingga menjejaska­n orang awam.

Pada Januari lalu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam ketika melancarka­n peralihan Majlis Daerah Penampang kepada Perbandara­n berharap kakitangan pihak berkuasa tempatan mampu memberikan perkhidmat­an terbaik, berintegri­ti tinggi dalam memberikan perkhidmat­an kepada pemegang taruh serta pembayar cukai.

 ?? ?? CHIN
CHIN
 ?? ?? ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (duduk) bergambar bersama Jasmin dan pegawai IPD Tawau.
ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (duduk) bergambar bersama Jasmin dan pegawai IPD Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia