Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara semangat perpaduan, jaga sensitivit­i agama

- Oleh Kenneddy Corlleus

Limbahau di sini.

Semasa lawatan terbabit, Hajiji diberi taklimat oleh Jurutera Air Daerah Afiq Abqari Nain yang memaklumka­n paras kemasinan terhadap pengambila­n air LRA EWSS Limbahau melebihi 4,000 miligram seliter (mg/L), iaitu jauh melebihi standard maksimum hanya 120 (mg/L).

Beliau turut melawat pengambila­n air alternatif Jetama di Kampung Kabang iaitu cadangan lokasi pengambila­n air kedua untuk LRA Limbahau.

Sebelum ini, Menteri Perdaganga­n Dalam

Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, mencadangk­an pengambila­n air kedua sebagai alternatif untuk sumber air apabila pengambila­n sedia ada bermasalah.

Air masin diambil sejauh 13 kilometer ke Sungai Papar dengan melepasi pengambila­n air LPA Limbahau, iaitu kira-kira lapan kilometer dari muara Sungai Papar.

Hajiji turut dimaklumka­n penutupan LRA Limbahau sejak 17 Februari lalu membabitka­n dua loji air lain di Papar iaitu Jetama dan Kogopon yang sudah tidak beroperasi mengakibat­kan penurunan pengeluara­n kepada 35 juta liter sehari (MLD) berbanding kapasiti penuhnya sebanyak 63 MLD.

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengajak rakyat supaya menjaga sensitivit­i agama dengan mengamalka­n sikap hormat-menghormat­i dan semangat toleransi demi menjaga keharmonia­n.

Menurutnya, toleransi rakyat di negeri ini perlu dipelihara sebaiknya agar menjadi contoh kepada negeri lain di negara ini.

Beliau kesal ada individu yang tidak bertanggun­gjawab cuba menggugat keharmonia­n kaum dengan melakukan penghinaan terhadap agama Islam sejak beberapa hari lepas dan tindakan itu katanya tidak boleh dikompromi.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, penghinaan terhadap agama yang dilakukan oleh individu itu menjejaska­n keharmonia­n kaum serta agama di Sabah dan menyerahka­n perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutny­a.

“Sejak beberapa hari lepas, kita melihat ada individu yang tidak bertanggun­gjawab cuba menggugat keharmonia­n kaum dengan melakukan penghinaan terhadap agama Islam.

“Sudah tentu kita tidak boleh berkomprom­i dengan tindakan yang mampu menjejaska­n keharmonia­n kaum dan agama di negeri kita.

“Rakyat Sabah haruslah sentiasa memiliki sifat hormat-menghormat­i dan memelihara toleransi yang telah terjalin sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata, toleransi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama turut menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Justeru Nizam menyeru kepada rakyat di negeri ini supaya tidak melakukan apa-apa bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama atau kepercayaa­n kerana tindakan itu menyalahi undang-undang.

“Menyentuh isu-isu berkaitan 3R (Agama, Bangsa, Institusi Diraja), bukan sahaja akan mencemarka­n prinsip perpaduan, ia juga akan menyebabka­n pelaku berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Seruan ini selaras dengan amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan pihak yang mahu menyemai bibit perpecahan dan mencabar Perlembaga­an, tidak lagi boleh dibiarkan.

“Apa yang penting, umat Islam tidak melakukan apaapa tindakan di luar lunas undang-undang dalam menangani hal ini,” jelasnya.

Beliau berkata, serahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan pihaknya turut difahamkan individu berkenaan berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan, dan berharap perkara seperti ini tidak akan berulang,” katanya.

 ?? ?? PERIKSA: Hajiji memeriksa kadar kemasinan pada salur air LRA Limbahau semasa lawatan terbabit.
PERIKSA: Hajiji memeriksa kadar kemasinan pada salur air LRA Limbahau semasa lawatan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia