Utusan Borneo (Sabah)

CSR Hotel Promenade santuni anak yatim RAY Tambunan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Seramai 20 anak yatim dari Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan diraikan pihak Hotel Promenade sempena dengan bulan Ramadan.

Selain disantuni dengan peluang menginap dan berbuka puasa, Hotel Promenade turut menyampaik­an sumbangan kepada mereka.

Pengurus Besar Hotel Promenade Kota Kinabalu Hafizan Wong berkata, ia adalah program tahunan yang dianjurkan pihaknya sebagai salah satu program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Menurutnya, setiap tahun pada bulan Ramadan, Hotel Promenade akan menjemput warga RAY Tambunan untuk sama-sama menikmati kemeriahan suasana Ramadan.

“Kita berharap program seperti ini akan memberikan inspirasi kepada anakanak yatim ini mengenai perkhidmat­an terbaik yang disediakan di hotel.

“Sejak pandemik COVID-19, pihak hotel belum berkesempa­tan mengadakan lawatan ke RAY Tambunan memandangk­an mereka adalah anak angkat kepada Hotel Promenade,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaik­an sumbangan sempena Ramadan kepada anak-anak RAY Tambunan di sini Jumaat lepas.

Dalam pada itu jelasnya, tahun ini pihaknya merancang untuk mengadakan lawatan ke RAY Tambunan bagi melihat keperluan yang boleh disumbangk­an kepada rumah itu.

Katanya, sebelum ini Hotel Promenade pernah melaksanak­an CSR dengan membina sebuah perpustaka­an di RAY Tambunan.

Sehubungan itu, pihaknya berharap kerjasama erat di antara Hotel Promenade dengan RAY Tambunan terus terjalin baik terutama dalam melaksanak­an program CSR.

Turut hadir, Pengarah Kumpulan Jualan dan Pemasaran Hotel Promenade Kota Kinabalu Serena Fay.

 ?? ?? KENANGAN: Anak-anak RAY Tambunan dan pengiring merakamkan kenangan bersama wakil Hotel Promenade selepas penyampaia­n sumbangan itu.
KENANGAN: Anak-anak RAY Tambunan dan pengiring merakamkan kenangan bersama wakil Hotel Promenade selepas penyampaia­n sumbangan itu.
 ?? ?? SUMBANGAN: Hafizan (dua kiri), Serena (empat kiri) menyampaik­an sumbangan sempena Ramadan kepada anak-anak dari RAY Tambunan.
SUMBANGAN: Hafizan (dua kiri), Serena (empat kiri) menyampaik­an sumbangan sempena Ramadan kepada anak-anak dari RAY Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia