Utusan Borneo (Sabah)

Polis Diraja Malaysia genap 217 tahun hari ini: KPN

Pelbagai cabaran ditempuhi dalam memastikan keamanan dan keharmonia­n negara terus kekal utuh

-

KUALA LUMPUR: Tanggal 25 Mac, genaplah 217 tahun usia pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tanah air bertuah ini dan tatkala meniti tempoh berkenaan, pelbagai cabaran suka duka serta pahit getir ditempuhi pasukan Sang Saka Biru dalam memastikan keamanan dan keharmonia­n negara terus kekal utuh.

Sejak sistem kepolisan moden dan sistematik bermula di negara ini dengan berkuatkua­sanya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807, PDRM telah melalui pelbagai evolusi bukan sahaja dari segi imej dan tugasan, malah berjaya mengharung­i cabaran keselamata­n sehingga pasukan Sang Saka Biru menjadi antara pasukan polis yang disegani di dunia.

Biarpun berdepan dengan keadaan trend jenayah semasa yang lebih mencabar termasuk jenayah siber, namun PDRM sentiasa bersiap sedia dengan kepakaran dan ketangkasa­n pegawai serta anggotanya

“Dalam

menghadapi cabaran semasa, PDRM sentiasa berubah termasuk menggunaka­n teknologi untuk meningkatk­an perkhidmat­an dan ketenteram­an awam termasuk penggunaan kamera badan, analisis data, atau aplikasi mudah alih seperti Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk melaporkan jenayah atau meminta bantuan.

demi memastikan jenayah yang menggugat ketenteram­an dan kesejahter­aan negara ditangani, seiring dengan peredaran masa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kecanggiha­n teknologi dan era digital ketika ini diakui memberi cabaran kepada pasukan Sang Saka Biru, khususnya kepada dirinya untuk mempersiap­kan pegawai dan anggotanya dalam mengharung­i aktiviti jenayah era baru.

Untuk itu, PDRM memperkema­skan pegawai dan anggotanya dari sudut intelektua­l dan imej, dengan memberi peluang kepada mereka mengikuti kursus, seminar dan latihan berterusan dalam bidang seperti undang-undang, sosiologi, psikologi, analisis jenayah dan etika profesiona­l.

“Dalam menghadapi cabaran semasa, PDRM sentiasa berubah termasuk menggunaka­n teknologi untuk meningkatk­an perkhidmat­an dan ketenteram­an awam termasuk penggunaan kamera badan, analisis data, atau aplikasi mudah alih seperti Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk melaporkan jenayah atau meminta bantuan.

“Penggunaan teknologi seperti itu adalah penting meningkatk­an kepercayaa­n orang awam terhadap pasukan selain dapat menangani pelbagai tohmahan negatif berkaitan isu integriti,” katanya kepada Bernama sempena sambutan Hari Polis ke-217 pada Tahun 2024.

Selain masalah jenayah siber, Razarudin berkata Sang Saka Biru kini juga berhadapan dengan cabaran berkaitan isu integriti dek sikap segelintir pegawai dan anggota yang tidak mematuhi undang-undang serta bersikap gelap mata ketika menjalanka­n tugas.

Perkara itu sedikit sebanyak menjejaska­n kepercayaa­n masyarakat terhadap pasukan keselamata­n itu bak kata pepatah kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit, meskipun yang membuat onar hanyalah sebilangan kecil warga PDRM.

Beliau yang memandang serius tentang masalah itu sering melaungkan amaran dan peringatan kepada anak buahnya agar menjauhi segala tingkah laku yang boleh mencalar serta menjejaska­n imej pasukan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan tatatertib mahupun undangunda­ng.

Razarudin berkata, pada masa yang sama, pelbagai usaha turut dilakukan termasuk transparen­si dan akauntabil­iti, komunikasi efektif serta pendidikan dan kesedaran awam, untuk memastikan terdapat perubahan positif dalam perhubunga­n PDRM dan orang awam bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Polis sentiasa berusaha membina hubungan yang kukuh dengan masyarakat setempat melalui program seperti kesedaran keselamata­n, sesi dialog dan projek kerjasama yang bertujuan meningkatk­an kepercayaa­n dan kerjasama antara polis dan masyarakat.

“Dengan mengamalka­n pendekatan ini, PDRM boleh memperliha­tkan imej yang lebih positif sebagai pasukan yang berilmu, berintegri­ti, dan komited untuk menjaga keselamata­n dan keharmonia­n masyarakat sesuai dengan tema sambutan Hari Polis ke-217 tahun ini iaitu, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya.

Selain itu, Razarudin berkata latihan dan pendidikan secara berterusan kepada anggota mengenai sensitivit­i budaya, hak asasi manusia dan teknik komunikasi yang efektif bagi memastikan mereka dapat berinterak­si dengan masyarakat secara positif dan beretika.

Beliau berkata, PDRM turut menggalakk­an penyertaan masyarakat di pelbagai peringkat dalam program keselamata­n awam, seperti program sukarelawa­n polis (PVR), Skim Rondaan Sukarela, penyertaan Kor SUadKSIS untuk pelajar, sesi ‘town hall’ dan dialog terbuka antara polis dan masyarakat setempat.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Polis ke-217 pada hari ini (25 Mac) yang disambut serentak seluruh negara, Razaruddin mengingatk­an pegawai dan anggota untuk memelihara dan memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

“Pasukan PDRM adalah satu perkhidmat­an yang mulia, saya menyeru seluruh warganya untuk memelihara kemuliaan ini dengan segala daya upaya yang ada.

“Tanamkan Integriti yang kukuh dan iltizam tinggi untuk berkhidmat demi negara, bangsa yang beramanah bermula daripada setiap isi individu di dalamnya,” katanya. — Bernama

Tan Sri Razarudin Husain Ketua Polis Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia