Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah restoran didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti

-

MELAKA: Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini semalam selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti dibenarkan.

Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman tersebut terhadap Fadzil A Bakar, 66, dan turut mengarahka­n tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Fadzil didapati ada dalam milikannya barang berjadual iaitu 267 unit minyak masak peket 1 kilogram (kg), 253 unit gula pasir kasar 1 kg dan 48 unit gula pasir kasar (gula jernih) 1 kg di premis perniagaan RB Bistro cawangan Jelatang di Pusat Perniagaan Jelatang dalam daerah Alor Gajah, sekitar 11.45 pagi pada 12 Disember 2023.

Kesalahan di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu dalam perjalanan perniagaan, menggunaka­n barang berjadual melebihi kuantiti sepertiman­a dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual dan didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Maligaa Radhakrish­nan yang mewakili

Fadzil merayu hukuman berbentuk denda memandangk­an tertuduh mempunyai penyakit jantung selain merupakan kesalahan pertama.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Suhana Mohd memohon hukuman setimpal kerana mengambil kira faktor kepentinga­n awam serta mencegah peniaga menyorokka­n atau enggan menjual barangan kawalan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia