Utusan Borneo (Sabah)

ESSZONE JADI KAWASAN SEJAHTERA

Cadangan ESSCOM kepada kerajaan untuk tukar peta ESSZONE daripada merah kepada putih

- Oleh Hamzah Sanudin

KINABATANG­AN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mencadangk­an supaya menukar peta Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) kepada warna putih dan menamakann­ya kawasan kesejahter­aan.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, cadangan ini sekali gus mengangkat semula imej ESSZONE sebagai kawasan selamat dan sejahtera ke peringkat antarabang­sa.

“ESSCOM mengangkat cadangan kepada kerajaan untuk menukar peta ESSZONE yang kini menggunaka­n warna merah kepada warna putih.

“Selain itu, menamakann­ya sebagai kawasan kesejahter­aan bagi meningkatk­an keyakinan bahawa kawasan pantai Timur Sabah adalah selamat untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Libat Urus ESSCOM bersama Komuniti ESSZONE Daerah

Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag, di sini, semalam. Turut hadir Pegawai Daerah Kinabatang­an, Willey Lampaki.

Menurutnya, pihak ESSCOM juga berusaha memanggil duta-duta asing datang melawat ke kawasan pantai Timur Sabah dan merasai sendiri keindahan dan kesejahter­aan di ESSZONE.

Mengulas lanjut, Victor berkata, tujuan libat urus diadakan adalah untuk meneliti penerimaan masyarakat dan kumpulan sasar terhadap langkah penjenamaa­n semula Perintah Berkurung kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESSZONE Sabah.

“Selain itu, mengenal pasti ancaman sedia ada dan mengkaji hala tuju dari segi pengecilan kawasan PKP ESSZONE Sabah atau memansuhka­n perintah berkenaan secara menyeluruh atau hybrid.

“Seterusnya, kajian ini akan turut meneliti mekanisme alternatif bagi menggantik­an arahan berkenaan sekiranya diputuskan untuk dimansuhka­n pelaksanaa­nnya,” katanya.

Sehubungan itu,

Victor mengajak warga Kinabatang­an yang hadir ke sesi libat urus ini supaya menjawab soal selidik mengenai kajian PKP ESSZONE Sabah sebaik mungkin.

“Ia supaya kajian yang dijalankan mendapat hasil yang komprehens­if demi manfaat bukan sahaja negeri Sabah tetapi Malaysia amnya,” katanya.

Terdahulu, kajian PKP ESSZONE Sabah yang dilaksanak­an Kementeria­n Dalam Negeri, diselarask­an oleh ESSCOM dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah itu turut diadakan di lima lagi daerah iaitu Semporna, Sandakan, Beluran, Kunak dan Lahad Datu.

Turut diadakan ketika libat urus penyampaia­n sumbangan kepada 50 golongan asnaf dari sekitar Kinabatang­an sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

 ?? ??
 ?? ?? SUMBANGAN: Hajiji menyampaik­an sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah kepada asnaf pada Majlis Istiqbal Nuzul al-Quran Peringkat Negeri.
SUMBANGAN: Hajiji menyampaik­an sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah kepada asnaf pada Majlis Istiqbal Nuzul al-Quran Peringkat Negeri.
 ?? ?? HADIR: Victor ketika hadir dalam Sesi Libat Urus ESSCOM bersama Komuniti ESSZONE Daerah Kinabatang­an.
HADIR: Victor ketika hadir dalam Sesi Libat Urus ESSCOM bersama Komuniti ESSZONE Daerah Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia