Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan etnik di Sabah diminta laksana program bersama

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Semua persatuan etnik dan suku kaum di negeri ini diminta supaya mengadakan program secara bersama bagi menzahirka­n perpaduan antara satu sama lain.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Sabah terkenal dengan kekayaan budaya dan suku kaum yang boleh dijadikan model perpaduan di seluruh negara.

Katanya, menerusi kekayaan budaya ini menjadikan Sabah sebuah negeri yang makmur dan pilihan para pelancong luar serta dalam negara.

“Saya sangat berbangga kerana walaupun wujud pelbagai suku kaum dan etnik di negeri ini, tetapi ia tidak menghalang untuk kita meraikan perayaan bersama-sama.

“Justeru, saya sangat menggalakk­an supaya semua persatuan etnik di negeri ini berkolabor­atif untuk mengadakan program bersama bagi mengeratka­n lagi silaturahi­m yang sedia terjalin,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika hadir dalam program Jelajah Ramadan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Apas di Masjid Kampung Batu Payung, di sini semalam.

Majlis yang dianjurkan oleh Biro Agama Gagasan Rakyat Apas bersama Hikmah Centre itu telah menghimpun­kan sebanyak 16 persatuan etnik dan suku kaum di daerah Tawau.

Nizam berkata, usaha yang ditunjukka­n oleh penganjur ini sangat baik kerana berjaya menghimpun­kan semua persatuan etnik dalam satu program.

Katanya, amalan ini merupakan satu wadah untuk semua kaum merapatkan hubungan silaturahi­m walaupun berlainan keturunan dan etnik.

“Apa yang paling penting, kita semua perlu bersatu hati menjunjung agama dan menjulang negara bagi memastikan Malaysia mampu maju ke hadapan.

“Saya berharap program seumpama ini dapat dilaksanak­an dengan lebih kerap terutamany­a pada musim-musim perayaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nizam berkata, pihaknya juga akan mengambil inisiatif mengadakan program yang melibatkan semua kaum di daerah ini termasuk bukan Islam.

“Program berbuka puasa bersama kaum dari agama lain mungkin dapat dilaksanak­an pada masa akan datang supaya mereka juga berasa dihargai oleh masyarakat muslim.

“Dalam agama Islam juga menuntut kita supaya kenal mengenali antara satu sama lain dan inilah keindahan Islam serta cara kehidupan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW,” katanya.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Nizam (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah satu persatuan etnik yang hadir.
PENGHARGAA­N: Nizam (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah satu persatuan etnik yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia