Utusan Borneo (Sabah)

Bayaran subsidi tiket mulai minggu depan

Setiap pelajar akan menerima RM600 dan dikredit terus ke dalam akaun masing-masing

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Bayaran bantuan subsidi tiket penerbanga­n yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor Isnin lepas, akan disalurkan mulai minggu hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata semua pelajar Sabah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjun­g, Sarawak dan Labuan

Pelajar yang mendapat tajaan akan menerima bayaran itu yang akan diselaras oleh agensi penaja masingmasi­ng.

Manakala pelajar yang tidak mempunyai tajaan daripada agensi berkaitan akan turut menerima bantuan subsidi itu selepas mendapat pengesahan dari IPT yang diselaras Pejabat Tugas-Tugas Khas (PTTK).

“Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank pelajar yang akan diselarask­an oleh agensi penaja yang berkaitan.

“Sebagai contoh jika pelajar itu ditaja oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), ia diselaras oleh agensi itu dan dibayar terus kepada pelajar terbabit dan pelajar yang mendapat biasiswa Kerajaan negeri, bayaran akan disalurkan oleh Kerajaan negeri.

“Begitu juga jika pelajar itu tajaan Yayasan Sabah, peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu akan diselarask­an Yayasan Sabah dan pembayaran juga akan terus dibuat ke akaun pelajar yang ditaja,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Arifin berkata bagi pelajar yang tidak mempunyai tajaan dan hanya membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pembayaran akan dibuat secara tunai selepas mendapat pengesahan melalui universiti atau kolej berkaitan.

“Bagi pelajar yang tiada biasiswa dan dermasiswa yang hanya ada PTPTN, PTTK akan mendapatka­n maklumat dari semua universiti di Semenanjun­g, Sarawak dan Labuan bagi memperoleh pengesahan sama ada pelajar itu masih belajar atau tidak.

“Selepas itu, jika ada sudah pengesahan universiti, barulah kita akan salurkan pembayaran secara tunai di universiti terlibat. Ini kerana, subsidi ini bukan sahaja untuk hari raya tetapi tempohnya adalah sehingga Oktober 2024,” katanya.

Mengenai pengumuman bantuan subsidi tiket penerbanga­n yang diumumkan Ketua Menteri, Arifin menyifatka­n ia sebagai satu usaha yang membuktika­n kerajaan pimpinan Hajiji prihatin terhadap aspek pendidikan.

Sejurus berita baik itu diumumkan rata-rata pelajar yang ditemui memberi reaksi yang sangat positif dan sebilangan besar sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian bantuan subsidi yang dilihat tepat pada masanya kerana sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban pelajar yang bakal pulang ke Sabah menjelang cuti perayaan.

Isnin lepas, Hajiji mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbanga­n kepada semua pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjun­g, Sarawak dan Labuan, sebanyak RM600 setiap seorang sekali bayar melalui peruntukan khas Ketua Menteri.

 ?? ?? AMANAT: Arifin menyampaik­an ucapannya pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Johor Bahru bersama pelajar IPT di Semenanjun­g.
AMANAT: Arifin menyampaik­an ucapannya pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Johor Bahru bersama pelajar IPT di Semenanjun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia