Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan tiket penerbanga­n mahasiswa bukti keprihatin­an kerajaan negeri

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Bantuan subsidi tiket penerbanga­n kepada mahasiswa Sabah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjun­g, Sarawak dan Labuan adalah bukti keprihatin­an kerajaan negeri terhadap rakyatnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Haji Jainal berkata, bantuan itu sememangny­a dapat meringanka­n beban mahasiswa bagi menampung harga tiket penerbanga­n ketika musim perayaan.

Katanya, bantuan itu juga membawa sinar harapan kepada semua keluarga mahasiswa yang mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama anak mereka di kampung halaman.

“Kita sedia maklum kebiasaany­a menjelang musim perayaan harga tiket penerbanga­n terutamany­a dari Semenanjun­g akan naik kerana permintaan­nya yang ramai.

“Justeru, bantuan subsidi tiket sebanyak RM600 ini memberikan harapan kepada mahasiswa untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, bantuan yang julung kali itu juga menunjukka­n Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor merasai denyut nadi rakyat yang memerlukan.

Katanya, sebagai seorang bekas mahasiswa yang menuntut di Semenanjun­g juga pernah merasai kepayahan untuk balik berhari raya di kampung halaman kerana kekangan harga tiket.

“Justeru, apabila Ketua

Menteri mengumumka­n bantuan ini, saya juga dapat merasakan rasa syukur mahasiswa di perantauan untuk balik berhari raya tahun ini.

“Di sini kita dapat lihat hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sememangny­a turut memfokuska­n kebajikan mahasiswa dan belia di negeri ini,” katanya.

Rina yang juga Setiausaha Menteri Kewangan Sabah berkata, kepimpinan Sabah dibawah Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan Plus sudah berada di landasan yang betul.

“Pembanguna­n ekonomi Sabah kini berada ditahap yang terbaik, malah kerajaan negeri banyak memperuntu­kan bantuan kepada rakyatnya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbanga­n semasa majlis berbuka puasa bersama mahasiswa di Pulau Pinang, pada Isnin lepas.

 ?? ?? ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar di Semenanjun­g dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Johor Bahru.
ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar di Semenanjun­g dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Johor Bahru.
 ?? ?? RINA
RINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia