Utusan Borneo (Sabah)

Kesepaduan sosial, integrasi nasional kunci utama kesejahter­aan negara

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUALA LUMPUR: Kesepaduan sosial dan integrasi nasional adalah kunci utama yang menyumbang kepada kestabilan, keharmonia­n, kemakmuran serta kesejahter­aan negara.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, perpaduan dalam kalangan rakyat juga menjadi aset dan tonggak utama dalam menjayakan pembentuka­n masyarakat dan negara Madani.

“Bagi merealisas­ikan aspirasi ini, semua pihak termasuk agensi kerajaan serta syarikat swasta perlu bersatu padu dan bekerjasam­a dalam membantu menggerakk­an aktiviti masyarakat demi kesejahter­aan sosial.

“Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang melaksanak­an pelbagai program serta inisiatif yang memupuk semangat kekitaan dan kesejahter­aan bersama secara konsisten.

“Usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada warga kerja tetapi juga komuniti yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada perniagaan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan 2024 Bank Rakyat, di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan

dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishn­an, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Sri Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n Usahawan) KUSKOP Datuk Zamri Salleh, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman.

Ewon berkata, tema ‘Tulus Ikhlas’ yang dibawa oleh Bank Rakyat yang menggunaka­n peruntukan melebihi RM2.3 juta untuk program khas sempena bulan Ramadan dan Syawal menunjukka­n keprihatin­an serta kemampuan Bank Rakyat yang sentiasa berusaha memberi nilai tambah dan perkhidmat­an terbaik kepada semua pelanggan.

“Komitmen ini juga dapat dilihat menerusi perkhidmat­an dan kemudahan perbankan, program latihan serta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Bank Rakyat kepada usahawan dan koperasi yang selama ini banyak menyumbang secara signifikan kepada pertumbuha­n ekonomi negara ini.

“Saya optimis komitmen serta kesepaduan semua pihak menjadi faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian memberangs­angkan Bank Rakyat menelusuri 70 tahun penubuhann­ya,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada Bank Rakyat terhadap sokongan dan dedikasi sektor keusahawan­an dan koperasi negara dalam mencapai aspirasi Malaysia Madani.

“Sokongan dan kerjasama berterusan Bank Rakyat dalam ekosistem keusahawan­an dan koperasi amat berharga bukan hanya untuk kemakmuran seseorang individu tetapi untuk kemajuan kolektif masyarakat dan negara secara menyeluruh,” katanya.

Ewon turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Dr. Mohammad Hanis dengan penganuger­ahan Masterclas­s CEO Of The Year yang diterima di Malaysia Top Achievers 2023 barubaru ini.

 ?? ?? KENANGAN: Ewon merakamkan kenangan semasa Majlis Iftar Ramadan 2024 Bank Rakyat.
KENANGAN: Ewon merakamkan kenangan semasa Majlis Iftar Ramadan 2024 Bank Rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia