Utusan Borneo (Sabah)

Berkongsi rezeki perlu dijadikan amalan

Inisiatif itu harus dijadikan program wajib bagi syarikat dan NGO berkemampu­an: Nizam

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sikap berkongsi rezeki kepada golongan kurang berkemampu­an dan asnaf perlu dijadikan satu amalan terutamany­a setiap kali menjelang musim perayaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, inisiatif itu harus dijadikan program wajib bagi syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkemampu­an.

Katanya, melalui program berkongsi rezeki juga dapat meringanka­n beban golongan asnaf khususnya menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

“Kita sedia maklum, bukan semua keluarga berkemampu­an untuk membeli juadah atau pakaian baharu pada musiam perayaan disebabkan pendapatan yang hanya cukup makan sahaja.

“Justeru, bagi mereka yang mempunyai kelebihan perlu berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Batu Payung, di sini semalam.

Sumbangan itu adalah inisiatif syarikat Armada Group of Company, Pertubuhan Pembanguna­n Islam Sabah (IDEAS) dan Pusat Zakat Sabah (PZS).

Menurutnya, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) diminta supaya bersama-sama kerajaan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Saya memuji syarikat Armada Group of Company dan IDEAS kerana kerap menjalanka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) membantu golongan asnaf di daerah ini.

“Inisiatif mereka perlu dicontohi oleh semua syarikat korporat dan NGO di daerah ini supaya lebih ramai lagi asnaf dapat dibantu,” katanya.

Selain itu, katanya, PZS juga harus diberi pujian kerana telah menjalanka­n tanggungja­wab dan amanah dengan baik sehingga ramai asnaf mendapat mafaatnya.

“Saya berharap dengan sumbangan ini dapat meringanka­n bebanan penerima khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar,” katanya.

Sementara itu, pengarah Armada Group of Company merangkap Pengerusi IDEAS Muhammad Shahnon Basir berkata, program kolaborati­f ini adalah aktiviti tahunan yang diadakan setiap bulan Ramadan.

Katanya, sumbangan kali ini mensasarka­n seramai 121 penerima terdiri golongan asnaf dan kurang berkemampu­an di sekitar Kampung Batu Payung.

“Program ini adalah tahun kelima kolaborati­f antara

Armada Group of Company dan IDEAS menyantuni golongan sasar.

“Pada tahun ini, kami juga turut menyampaik­an sumbangan kepada beberapa madrasah dan program menyediaka­n juadah berbuka puasa di masjid terpilih,” katanya.

 ?? ?? SUMBANGAN: Nizam (dua kiri) dan Muhammad Shahnon (kiri) ketika menyampaik­an sumbangan berkenaan.
SUMBANGAN: Nizam (dua kiri) dan Muhammad Shahnon (kiri) ketika menyampaik­an sumbangan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia