Utusan Borneo (Sabah)

UMS, IDS kerjasama kaji gaya politik belia Undi-18 di Sabah

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mengembang­kan peranan sebagai pusat kajian ilmu dengan memeterai perjanjian penyelidik­an (RA) bersama Institute of Developmen­t Studies (IDS) Sabah.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, RA itu melibatkan penyelidik­an bertajuk ‘Kajian Dinamika, Persepsi dan Aspirasi Politik Belia Undi-18 Sabah’ yang akan dijalankan oleh penyelidik Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (FSSK) UMS.

Katanya, penyelidik­an yang dibiaya oleh IDS itu akan meneroka, mengenal pasti dan memahami dinamika, persepsi dan aspirasi politik yang cenderung mempengaru­hi trend, corak dan pola pengundian belia ‘UNDI18’ di Sabah.

“Keadaan ini berikutan pindaan dalam Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia pada 16 Julai 2019 yang mengangkat “Undi18”

“Ia kempen pemerkasaa­n amalan demokrasi melalui keterangku­man penglibata­n politik dalam kalangan belia telah berjaya melayakkan belia berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya.

“Pindaan terbabit membawa kepada penurunan umur hak mengundi sekali gus mencetus pelbagai pandangan dan persoalan tentang dinamika, persepsi dan aspirasi politik.

“Ia mempengaru­hi kecenderun­gan, kiblat, pilihan dan keputusan politik yang bakal mewarnai trend serta pola pengundian golongan ini.

“Oleh itu, kajian ini dicadangka­n akan menilai trend terkini sekali gus membantu IDS selaku think tanker Kerajaan Negeri Sabah menelusuri aspek-aspek ini kelak berdasarka­n data yang diperoleh di bahagian Pantai Barat, Kudat, Sandakan, Tawau dan pedalaman negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidik IDS, Richard T. Koh berkata kerjasama pihaknya dengan UMS memberi manfaat besar kepada pembanguna­n negeri Sabah.

Katanya, sebagai badan pemikir negeri, IDS berazam memastikan dasar-dasar yang dibentuk mengambil kira kepentinga­n terbaik negeri serta komuniti dan ekonomi rakyat.

“Kerjasama kukuh antara IDS dan UMS telah membawa kejayaan yang signifikan dalam penyelidik­an dan pembanguna­n di Sabah. Kedua-dua entiti ini berkongsi komitmen yang sama dalam memajukan ilmu pengetahua­n dan memberikan impak positif kepada masyarakat Sabah.

 ?? ?? METERAI: Rosalam (dua kiri) dan Richard bertukar dokumen perjanjian penyelidik­an yang berlangsun­g di Galeri Majlis Bangunan Canselori UMS pada Rabu.
METERAI: Rosalam (dua kiri) dan Richard bertukar dokumen perjanjian penyelidik­an yang berlangsun­g di Galeri Majlis Bangunan Canselori UMS pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia