Utusan Borneo (Sabah)

PJR Aidilfitri diadakan di 302 lokasi seluruh negara

-

PUTRAJAYA: Program Jualan RAHMAH (PJR) Aidilfitri diadakan di 302 lokasi berjadual di seluruh negara bermula kelmarin hingga 9 April ini, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata PJR Aidilfitri melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.

Selain penjualan barangbara­ng keperluan kering, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitr­i seperti ayam, daging lembu, beras, rempahratu­s dan sebagainya.

“Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaa­n PJR Aidilfitri bersempena dengan sambutan lebaran kali ini,” katanya.

Lokasi pelaksanaa­n PJR Aidilfitri adalah di Johor sebanyak 18 lokasi, Kedah (21), Kelantan (14), Kuala Lumpur (4), Melaka (13), Pahang (15) dan Perak (25).

Ia turut dilaksana di Perlis (3), Pulau Pinang (42), Sabah (29), Sarawak (45), Selangor (36), Terengganu (22), Negeri Sembilan (13) serta Putrajaya dan Labuan masing-masing dengan satu lokasi.

Beliau berkata maklumat lanjut pelaksanaa­n PJR Aidilfitri boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ ms/jualan-rahmah.

Sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, Armizan berkata KPDN juga telah melaksanak­an PJR Ramadan di 452 lokasi di seluruh negara bermula 12 Mac hingga 3 April lepas melepasi sasaran awal sebanyak 450 siri yang disasarkan.

“Inisiatif yang dicaknakan oleh KPDN ini merupakan satu daripada inisiatif di bawah Kerajaan MADANI dalam membantu meringanka­n kos sara hidup rakyat.

“(Khususnya) bagi membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah terutamany­a dalam membuat persiapan berbuka puasa pada bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia