Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan UMSKAL teruskan tradisi membantu asnaf

-

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) meneruskan tradisinya membantu asnaf di Wilayah Persekutua­n Labuan menerusi penganjura­n Program Ziarah Ramadan 2024 pada 4 dan 5 April 2024.

Majlis pelancaran program itu disempurna­kan oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid di ruang legar Bangunan Menara UMSKAL.

Turut hadir Ketua Pentadbira­n UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbira­n dan Sumber Manusia UMSKAL, Mas Adi Alimin serta Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Nur Iman Reedzal.

Pada tahun ini, seramai 28 individu menerima wang tunai dan barang makanan sumbangan kakitangan UMSKAL sendiri.

Mereka membabitka­n 12 asnaf, 11 kakitangan yang memerlukan bantuan dan lima waris kakitangan yang telah meninggal dunia.

Dr. Mohamad Rizal merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua kakitangan yang menyumbang wang, barang makanan dan tenaga serta kakitangan yang menyertai aktiviti ziarah dan penyerahan sumbangan selama dua hari program itu diadakan.

“Sudah tentu sumbangan kita kepada komuniti dan kakitangan UMSKAL sendiri merupakan satu kenangan yang sukar dilupakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan kepada waris kakitangan UMSKAL yang meninggal dunia di Kampung Gersik, Pantai, Snngai Bedaun, Sungai Labu dan

Sungai Miri pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Nur Iman Reedzal selaku urus setia program berharap sumbangan itu dapat menceriaka­n asnaf dan kakitangan serta waris menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2024.

“Asnaf dan waris mengucapka­n terima kasih atas ingatan kakitangan UMSKAL kepada mereka.

“Semoga kita sentiasa peka dan dapat membantu golongan yang memerlukan pada bila-bila masa,” katanya.

Penyelaras Program, Mohd Nurulizam Tinggal mengetuai penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Patau-Patau Satu, Patau-Patau Dua, Tanjung Aru, Lajau, Durian Tunjong, Perumahan MPL Batu Arang, Sungai Bangat, Bukit Kallam dan Belukut.

 ?? ?? LANCAR: Dr. Mohamad Rizal (tengah) bersama Zamri (empat kanan) dan Nur Iman (tiga kanan) melancarka­n Program Ziarah Ramadan UMSKAL 2024.
LANCAR: Dr. Mohamad Rizal (tengah) bersama Zamri (empat kanan) dan Nur Iman (tiga kanan) melancarka­n Program Ziarah Ramadan UMSKAL 2024.
 ?? ?? HADIR: Yusof (tengah) berbincang dan berbual bersama Rafail dan Heni.
HADIR: Yusof (tengah) berbincang dan berbual bersama Rafail dan Heni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia